15 December, 2015

Berabad Rasanya




Assalamualaikum.
Terasa berabad aku tak menulis or update blog ni. Padahal aku bukan buat apepun kat rumah. Tapi yang pasti, bukan ade orang pun nak lawat blog aku ni. kan? hehe..

Well, sebenarnya aku ada banyak benda nak cerita. Tapi tahap kemalasan aku tu mencapai tahap maksima paling tertingi. So, ape yang jadi pada blog aku? Tempat menyimpan habuk semata mata. hee.. 

Time anak anak tido la baru aku dapat nak taip harini, kalau tak biasa aku pun tido sekali. Nak buat macam mana rutin anak anak memang ghitu. Aku pun sekarang ni pun dah berisi kembali. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Esok, cukuplah 11minggu. Hope my babies sihat walafiat.

Oh, sepatutnye semalam aku kena buat buku merah. Tapi disebabkan selangor menang, maka klinik pun tutup. Padan muka aku. Hahahaha.... Tak pasal pasal aku kena gi klinik lagi sekali harini. Tu pun aku kena isi butiran pada buku jer. Rabu depan baru oppoiment sebenarnye. Takpelah..aku ok jer kalau nak beratur pepagi. Cuma kesiankan suami la. Rabu nanti die kerja, hope aku tak membebankan.

Cuma buat masa ni yang merisaukan aku, kaki aku dah mula nak bengkak. Walaupun tak nampak sangat tapi aku tahu kaki sedang nak membengkak. 11minggu pun kaki bengkak ek? Mungkin kandungan berat sangat kot. Hurm...ada tak ibu ibu kat sini yang tahu cara nak atasi masalah ni?
Malam or time berehat, memang aku akan letak kaki atas bantal. Biar tinggi sikit kaki ni. Harap harap taklah bengkak teruk.

Aku rase lain kali aku nak story pasal pengalaman aku mengandung. Even baru terasa nak kongsi. Sedangkan sekarang ni aku dah mengandung anak ketiga. hehe... Oklah, mata pun mula berat ni. Jap lagi kalau anak anak bangun, memang tak dapat la nak berehat.

Hope, we will meet again soon...if aku tak malas la. haha..
ok, tata...Wasalam.