23 February, 2015

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita



Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing datang mengiau-iau di sisi saya. Keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. Melihat kucing itu hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar, barangkali. Lalu saya ambil sedikit daripada lauk yang ada dan hulur kepadanya. 
Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi, mengapa kucing ini datang ke meja aku, bukan meja orang lain?
Saya datang ke kedai makan ini, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Oleh itu saya boleh katakan makanan di pinggan adalah milik saya. Itu kata saya. Hakikatnya milik saya bukanlah semuanya rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu.

Kemudian, saya melihat kepada saki baki makanan di atas pinggan., ada tulang dan beberapa cebisan lauk berbaki. Nah, sekali lagi, ia bakal menjadi rezeki si semut dan si lipas. Malah mungkin makhluk lain yang tidak saya nampak, iaitu jin. Tulang tulang adalah makanan jin. Sekali lagi milik kita bukan semuanya rezeki kita.

Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain. Padanya terdapat rezeki orang yang kita kenal, juga rezeki orang kita tidak kenal. Kita akan mengetahuinya apabila milik kita itu habis dimanfaatkan.

Contohnya, setiap bulan kita membawa pulang sejumlah gaji. Atau jika yang berniaga, mendapat sejumlah pendapatan. Kemudian sebahagian pendapatan itu digunakan untuk membeli ikan di pasar, jadilah ia rezeki si penjual ikan. Keesokannya pula kita membeli makanan untuk kucing, maka di sana ada rezeki kucing pula. 

Beberapa hari berikutnya ada orang datang menjual minyak angin. Walau sudah ada minyak angin di rumah, kita masih membelinya kerana berasa kasihan melihat wajah si penjual. Itu sudah memang ditakdirkan rezeki sang penjual minyak angin. Pada hujung minggu kita mendengar khabar anak jiran sakit dan kita melawatnya sambil menghulur sedikit sumbangan. Baru kita tahu dalam gaji kita itu ada pula rezeki si anak jiran. 
Jelaslah apa yang kita peroleh bukan semua rezeki kita. Milik kita bukan semua rezeki kita.

- Mudahnya Menjemput Rezeki -


22 February, 2015

al Quran al Mumayyaz (insta : @thelovelabelofficial)



Assalamualaikum..
Buat mereka yang mencari Al Quran untuk belajar mengaji dan tajwid, al Quran AlMumayyaz la jawapannya. 


Masa kita kecil dulu, bila nak mengaji kebanyakan kita akan guna alQuran yang tak ada terjemahan tu kan. Kita baca je sampai khatam, siapa paling cepat khatam dia paling terer. Paham ke tak paham apa pelajaran dalam alQuran tu belakang cerita. Now, masing masing dah dewasa kan? Dah tau betapa bermaknanya alQuran dalam kehidupan kita. Dan sekarang ni alQuran yang baru baru semuanya berserta terjemahan. Dan alQuran (gambar) ini pula lengkap dengan tajwid berwarna, transliterasi & terjemahan per kata, asbabun nuzul dan macam macam lagi. Mana mungkin kita tak jatuh hati pada kalamullah ini bila membacanyakan?


Apa istimewnya alQuran AlMumayyaz ini?~alQuran per kata ~transliterasi per kata (ejaan ayat alQuran dalam rumi)
~terjemahan per kata (tiap ayat alQuran diterjemahkan)
~terjemahan lengkap dalam bentuk ayat di bahagian tepi
~TAJWID BERWARNA! Senang nak beza & rujuk
~asbabun nuzul (sebab diturunkan ayat)
~indeks doa & alfabet (untuk cari tajuk tajuk tertentu dalam alQuran boleh refer indeks ni)


AlMumayyaz ini terdapat dalam 2 saiz A4 dan A5.
Harga 
Saiz A5: 
RM70 (SM) / RM75 (SS)

Saiz A4: 
RM100 (SM) / RM110 (SS)


Al Quran Al Mumayyaz
Mari dapatkan sekarang.. Order jangan melepas. Warna sangat limited stock.

Whatsapp : 0196118822


19 February, 2015

Rezeki Bukan Sekadar yang Nampak di Mata


Apa Itu Rezeki?


Menurut pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy, rezeki adalah apa sahaja yang memberi mafaat kepada seseorang. Secara tepatnye beliau menulis:

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk."

Sudah tentu tafsiran di atas mengubah persepsi saya terhadap rezeki. Dalam fikiran saya selama ini, yang dipanggil rezeki tentulah yang baik baik sahaja. Justeru saya akan berasa gembira apabila mendapat perkara yang baik baik dan rasa kecewa apabila berlaku hal yang tidak baik.

Beliau menambah :

"Bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."
Nah, sekali lagi persepsi saya terhadap rezeki berubah. Milik saya belum tentu rezeki saya?

Saya cuba merenung dan memikirkan hal ini. Dalam setiap kejadian yang saya alami, saya cuba mengaitkannya dengan kata kata di atas.

Milik kita belum tentu rezeki kita? Apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita adalah rezeki kita? Apa sahaja? Termasuk yang haram juga?

Persoalan di atas terbenam dalam benak saya, dan tanpa sedar saya mencari cari jawapannya. Saya mencari dan terus mencari. Saya bukan bermaksud mencari jawapan sama ada betul atau salah. Bukan juga bermaksud untuk bersetuju atau tidak setuju. Apa yang saya cari adalah hikmah dalam setiap kejadian. Terutamanya apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, khususnya berkaitan rezeki.


- Mudahnya Menjemput Rezeki-


16 February, 2015

Romantiskah Pasangan Anda?

Cuit Cuit Romantis

Assalamualaikum...
Adakah suami korang romantis?



Apabila bercerita tentang rumah tangga, sering kali terdengar ungkapan si isteri,
"suami saya tidak romantis"
"suami saya tidak tahu menghargai dengan memberi hadiah"
"suami saya tidak ingat tarikh perkahwinan"
bahkan ada pelbagai rungutan dari si isteri. Namun begitu, tidak bererti suami tidak merungut tentang si isteri pulak kan?

Jikalau semua ini dipenuhi persoalan suami tidak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan, tidak menjadi persoalan besar, isteri obes(gemuk) bukan menjadi rungutan pada suami. Ada pelbagai pandangan dalam isu romantis. Ada yang berkata suami romantis apabila menolong kerja kerja di dapur. Kadangkala, masalah yang berlaku dalam rumah tangga adalah kerana hal hal yang remeh. Ia berkait dengan cara kita berfikir dan cara kita melihat sesuatu perkara.

Ada pelbagai perspekti dalam merungkai persoalan rumah tangga. Ada banyak resepi mencari kebahagiaan dalam rumah tangga. Ini bukan semata mata persoalan suami tidak romantis dan isteri tidak cantik seperti dahulu.

Persoalan utama yang sepatutnya adalah, "adakah rumah tangga ini menuju redha Allah s.w.t.?"
"Adakah ahli keluarga sempurna akidahnya, sempurna solatnya dan sempurna akhlaknya?"
Dengan itu, bersyukur dengan apa yang kita ada serta belajar menerima pasangan seadanya kerana kita mencari kesempurnaan pada orang lain, hakikatnya kita juga tidak sempurna.

Betul kan?

-keluarga menuju syurga-



08 February, 2015

Orang Perempuan Memang Degil



Org perempuan memang degil
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung
Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.
To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.
Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. Hehehe..


07 February, 2015

Percutian Di Langkawi (cerita pendek)


Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerna diberikan rezeki untuk naik flight free ke Pulau Langkawi. Hehe...Along aku belanja untuk tiket flight kami sekeluarga dan transport di Lankawi. Seronok sangat..
Seriusly, first time sampai sana. Tak pernah pergi pun tau. so...memang jakun tahap maksima la aku kat sana. Seronok tu susah nak di luahkan. Cuma dapat bersyukur sangat, sebab Allah bagi kami perluang tu.. Aku sebenarnye nak cerita panjang.. dengan naik tangga, kaki menggigil, penat berjalan, terkejut dengan monyet dan kegagayatan naik kabel car lagi..belum lagi rase melambung dalam bot. Fuh!! Sampai rase penat tu hingga ke jari la.. Ape ape pun. Layan jelah gambar yang akak ipar aku share kat FB ni ye...
Daa... Wasalam...













Sayangnye abah tak ikut...and ade lagi 3org adik beradik tak dapat gi... hurmm..