26 May, 2014

Review : Desire Dolce & Gabbana The One


Assalamualaikum.
Morning korang. Hehe..sebenarnye review kali ni about insta shop. Tapi aku pun dapat gift dari insta shop ni, so aku review la sekali pasal minyak wangi ni ye. Hanya buat review pendek je coz agak susah nak search more info bila line internet lembap macam siput ni. Hee..
Ok, actually insta shop ni menjual Original Perfume (rejected) direct from France. Wow! Memang kalau korang beli, dapat barang terus dari supplier. Even take time, but tak lama pun aku tunggu. Pejam celik je dah sampai. Bila dah sampai parcel tu yang aku happy giler tu. And thankyou very much to @original_perfume_reject_rm120 for that gift.
So, let's start ye. Info dari D&G yang aku jumpa.
THE CONCEPT
Desire is not to be put on show; it is to be kept hidden like a precious jewel, until the moment its splendor shines. It’s the moment that has the power to change everything. Dolce&Gabbana The One Desire evokes a mysterious world of light and shadows, of temptation and seduction. An intimate, personal sphere in which each woman decides on whom to lay her gaze, a place where the line between instinct and desire is faded and blurred.
THE DESIGN
Matte gold and black characterize Desire’s flacon and packaging. A sophisticated reinterpretation of the classic shape of the bottle for Dolce&Gabbana The One collection, the flacon is inscribed with Stefano Gabbana’s elegant handwriting of Desire in gold lettering. The opaque gold hue draws on the opulence of Sicily’s Baroque period, the birthplace of Domenico Dolce. A black gemstone reflecting light from its many facets creates a precious cap.
TOP
Fresh top notes of mandarin, lychee and bergamot play softly against the sweet innocence of lily of the valley.
HEART
At the core of an intense heart is a trio of ultra feminine florals. The elegance of Madonna lily and the heady opulence of Indian tuberose are blended with velvety jasmine and addictively sweet plum nectar.
BASE
Adding an indulgent richness to the base is a gourmand note of vanilla infused caramel, melded with warming sandalwood, and a touch of mysterious musk and Cistus Labdanum.
Kesipulanya, minyak wangi Desire ni memang best gila. Tahan lama tau, melekat kat baju walaupun dah basuh. Mungkin aku spray banyak sangat kot. Haha.. Apepun aku puas hati tau, seronok pakai.
If korang pun mencari minyak wangi yang sangat sangat best ni boleh la beli di @original_perfume_reject_rm120. Macam macam jenis minyak wangi ada. Inshaa Allah puas hati, tapi kalau korang tiada instagram, facebook and whatsapp pun boleh. Boleh cari Miss Najuwa di
Instagram : @original_perfume_reject_rm120
Facebook : Najuwa Zahid
WhatsApp : 016 3088355

22 May, 2014

Tension Dengan Wifi



Assalamualaikum.

Harini taklah seronok sangat. Tengah sakit hati Wifi Celcom ni, baru pakai 5hari dah slow cam siput. Tak faham la aku. Korang ada masalah macam aku tak? Wifi 4G macam pakai 1G. Sekejap je slow. Tension tau. Tak kan ada orang curi line Wifi 4G aku ni. Tak suka la...
Before ni pakai Broadband 1G lama juga pakai sebelum jadi slow. Macam macam boleh tengok, youtube, watch online or website. Lama sikit baru slow. Hurm.... Oklah, buat stress aku jelah. Anak aku pun jeles dengan aku ni. Nak update pun punya lama aku dok tunggu loading. Sabar jelah. Daa.. Selamat malam. Wasalam..



14 May, 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH


Assalamualaikum.
Jom kita ramai ramai amalkan sunnah Nabi. Agar rasa cinta pada Nabi makin mendalam.

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah bi arkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

13 May, 2014

Berapa Lama Di Padang Masyar?


Assalamualaikum.

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? 

Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. Tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang tersangat sangat serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. Rujuk surah yasin ayat 52-54. 

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). 

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi, kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. 

Jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh, musa, isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing masing. Lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. 

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu. 

Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. Mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang sorang untuk dihisab. 

Sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. Tak de satu pun tertinggal. Lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 

1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid?


2)tak ingat?


3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan?


Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. 


Antara yang mula mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). 

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu. 


Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang sorang. So jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. 
Amin.. 

PS: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali... inn shaa Allah di permudahkan.


Bahagiakah?


Assalamualaikum.

Selamat malam. Malam ni lewat sikit tidur sebab layan cerita cina tv3. Well, bukan la peminat cerita cina, tapi sebab cerita lucu tu yang layan.

Aku tertanya, kenapa ya kita ni selalu cuba menggembirakan hati orang lain yang jauh dari kita and tiada kena mengena langsung dengan kita?

Sedangkan mereka disekeliling kita ni mengharapkan kita membahagiakan mereka. Tapi kita tidak buat atau mungkin tidak sedar. Hurm...yup. Mungkin tidak sedarkan hal itu.

Selalunya, kita sibuk puji anak orang tapi anak sendiri asyik nak marah marah. Dengan kawan bukan main slow je cakap, tapi dengan suami or isteri macam nak bergaduh je. Bagi sedekah punyalah di tayang tayang, tapi jiran sebelah menyebelah tu tak nampak lak sedekahnye. Padahal boleh nampak kesusahan mereka. Berbeza sungguh layanan yang orang luar dapat dari orang sekeliling.

Hurm..ape boleh buat. Aku yang cakap ni pun lebih kurang sama je. Sikap manusia susah nak ubah, kecuali diri sendiri yang berubah. Aku harap dapat la perbaiki semua kekurangan. Harap kita kita pun dapat perbaiki sama sama. Hanya kita yang dapat mengubah sikap kita kan.. Kesian mereka yang berharap kasih sayang kita ni.

Jom kita belajar membahagiakan orang lain. Dan semoga Allah akan membalas kebaikan kita tu. Inn Shaa Allah.

Oklah, mata berat sangat ni. Have to go. Good night. Daa....wasalam.

09 May, 2014

Wajah Baru Hasil www.shedaucu.com


Assalamualaikum.
Selamat sejahtera guy's. Lama rasanya aku tak update blog ni. Macam bertahun pulak rasa. Sorry sangat sebab banyak benda nak buat, jadual pun padat. Hihi..macam guru besau pulak. Poyonye aku ni.

Well, perasan apa apa perubahan di blog Bonda ni?

Yes! Baju blog sudah bertukar corak and fashion. Aku memang suka warna pastel. Macam sweet and soft je Bonda rasa. Aku harap baju blog ni akan kekal macam ni. Atau tunggu la 5tahun lagi baru berubah lagi. Haha.. Really? No..aku dah jatuh chenta dengan wajah baru ni.

Nak tahu siapa yang buat?

Ofcos la cik Sheda. Mesti korang kenal dia kan... Si kakak chantik yang baik sangat. Best berurusan dengan Sheda ni, malah hasil kerja kreativiti Sheda memang puas hati. Kalau korang pun ingin tukar wajah blog or masih usha usha hasil design boleh la ke www.shedaucu.com .
Korang memang akan pening nak pilih design header camne. Haha... Aku pun puas dok belek belek sebelum ni. Last last hasilnye lebih kemas and ringan je blog aku ni. Seriusly memang aku suka giler. Terima kasih Sheda. Very much, suka sangat!

Oklah. Have to go. Aku update blog ni pun guna hp ja. Selamat line laju. Hihi... Daa...wasalam.