29 April, 2014

JANGAN!!

Assalamualaikum.

Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.         
        
Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu  Saidina Umar Al Khattab..        
      
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.      

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.        
      
Subhanallah....                
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi kepada Allah. Aamiin. 




23 April, 2014

Review : Collagen Crystal Eye Mask (Produk Sendiri)



Assalammualaikum.

Sekarang ni waktu petang memang dah selalu sangat hujan. But, catuan still berjalan macam biasa. Hurm, tak faham aku..hujan but still kata air kat empangan boleh habis dalam masa 29hari.
Mungkin itu anggaran diorang kot. Orang Malaysia ni pun bukan pandai jimat sangat. Yup, aku pun sama gak..lagi lagi time basuh pinggan, air laju je keluar. hihihi.


Ok, jom start my review about this eye mask. 
Well, biasanya orang guna eye mask ni time nak tidur. Tapi aku guna time dah bangun tidur baru pakai.
Entah kenapa pagi tadi aku rasa macam bengkak je mata ni. Mungkin aku tidur lewat kot malam tadi, yelah asyik mengadap lappy je tu yang mata pun dah macam panda.


Actually mata aku memang dah macam panda dari dulu. Dah susah sangat nak hilangkan, even aku guna uncang teh atau timun sejuk pun still gelap juga. Tapi taklah segelap dan selebam macam pagi tadi. Memang nampak sesangat. Dah macam mata burung hantu versi panda pun ade. huhuu..

Ok, first time guna eye mask ni memang best. Mudah sangat melekat kat kulit dan rasa sejuk je.
Rasa seronok je pakai eye mask ni, siap ade crystal gold lagi. Emas emas gitu mata aku ni. haha...


Sorry sangat coz gambar tak berapa menarik sangat. Yelah, guna cahaya lampu bilik je tu yang kabur.
Dan sorry sangat coz takde info pasal this produk. (sebenarnye malas nak cari..)

But eye mask ni still ok, dengan penggunaan kerap la.
Kalau nak terus hilangkan lingkaran gelap bawah mata tu rasanya kena makan suppliment or guna produk penjagaan kulit. Buat masa ni pun aku just makan K Colly je.
Mungkin akan datang aku akan buat testi sendiri kot. Hope tiada halangan la.


So, hasilnye selepas sejam pakai eye mask ni. Kurang dah sikit bengkak and hitam bawah mata. 
Flash light ni buat gambar ni lari sikit dari kulit sebenar.
Gambar sebelum takde lak nak bezakan. hee... Terlupa nak ambil gamba sebelum. Sorry..

Oklah guys. Terima kasih coz sudi stalk kat blog aku yang tak seberapa ni.
Dan baca review yang pendek ni. hehe...
Take care ok. Daa..
Wasalam..




Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w



Assalammualaikum.


Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW) 

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."



21 April, 2014

Si Mata Sepet Dan Si Mata Bolat



Assalamualaikum.


Rindunya waktu Addin kecik. Budak mata sepet yang suka nangis bila Bonda dia masuk dapur and mandi.
Kekadang pening aku bile asyik nangis je. Nak dukung sampai aku nak buat kerja pun payah.
hehehe...tulah si Abang Addin. Now, dia dah ade adik. Manja dan lasak dia bukan main lagi aktiv. 
Penat tau nak kejar abang ni, lagi lagi kat pasaraya. Suka pusing pusing kat semua bahagian and celah rak.
Memang marah juga hati aku ni, but nak buat camne. Dia rase free bile dapat keluar daripada terperuk kat rumah..kesian Addin.


Lahirnya Affan Qalish ni pula mengamit kembali kenangan waktu Addin dulu.
Seriusly aku memang suka baby. Aku suka preggy tau. Waktu ngandung si mata bolat ni, aku takde alahan or mabuk mabuk. Macam orang tak mengandung, tak rase morning sickness pun. 
Dan aku bersyukur sangat yang Affan ni mudah sangat dijaga. Mungkin dia tahu yang Bonda dia penat nak urus abang Addin dan dia sendiri.
Seluruh ahli keluarga tahu yang Affan ni peminat no.1 Ayah. hahaha.... Kalau nampak ayah je dia nangis, kelakar lak aku rasa. Macam anak perempuan je, asyik nak berkepit dengan ayah. Affan ni juga mesra alam punya orang, murah senyuman tau.
Kalau gelak memang ikhlas betul, tapi kalau abang dia gelak bunyi tak ikhlas langsung.
Hahaha...lain anak lain la karenahnye...kan? Tengok mata pun lain.

Oklah, have to go. Anak anak needs me.
Daa...Wasalam..




18 April, 2014

Bosan!!




Assalamualaikum.


Firstly..aku tak tahu kenapa aku letak gambar ni. But this pic take it time kat GM minggu lepas. 
Best kot cuci mata kat sana. Kalau duit banyak, memang aku dah borong buat bisnes sendiri.
Tapi apekan daya, no money just dapat cuci mata jelah. Beli yang perlu aje...huhuu..

Aku sebenarnya bosan malam ni. Rumah ni sunyi sikit, si abang Addin dah tidur. Walaupun
 si adik die masih lagi berjaga ni. Well, si adik ni tak berapa nak bising macam abang dia. Hahaha..
Rasanye mak mak kalau anak bising mesti marah. Heee...aku pun memang macam tu gak. But, bila sunyi macam ni memang rindu dan mencari. Adush!!

Bosan coz TV takde rancangan best pun iye jugak. Atau mungkin coz aku tengah pegang bendera merah ni kot. Haish! 
Alhamdulillah juga coz badan sihat kan...tiap bulan kena, mereka yang tak kena and langkau langkau bulan tu kesian sangat. Hormon tak stabil.
OK, STOP MERUNGUT!!


Dahla. Ini je yang aku dapat kongsi. Sel sel otak aku ni tak berhubung lak. 
Sampai tak tahu nak taip ape ni. hahaha...
Teruknye diari aku malam ni.

Dah dah. lame lame dok taip, entah ape lak aku merapu nanti.
Selamat malam guys.
Wasalam.




15 April, 2014

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda



Assalamualaikum.



1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan


5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.


7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.


8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.


14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.


18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.


19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.


22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.


24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.




Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

Credit : FB




12 April, 2014

Cara Pikat Yang Tersayang




Assalamualaikum



  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


10 April, 2014

Budak Sekarang Dengan Gam




Assalamualaikum.


Aku pelik la.  Ape yang sedap sangat hidu gam ni?  dah tu gam aje lak tu, kenyang ke?  Merosakkan otak n saraf saraf adelah.  Membuang duit aje, dah tu merosakkan badan.  Haram tau tak?  Ni mesti kes gi sekolah tapi memonteng, tak belajar pasal agama.  Ee..geram betul aku dengan budak budak sekarang.
Aku nak cerite sikit.  Today, aku bertembung dengan 2orang budak muda.  Dalam umur 13tahun, baru keluar dari lif dengan memegang gam yang di isi dalam plastik.  Tak takut ye dengan orang?  Selamber jer, tanpa rase bersalah.  Memang muka tak malu ye?  

Pernah juga aku bertembung budak budak sekolah rendah merokok kat taman.  Malah lagi selamber dorang ni.  Konon da besar sangat la tu, dah kuat.   Elok la kan, yang tanggung dosa nye mak bapak. kan?

Risaunye nak besarkan anak anak dengan zaman budak budak sekarang yang tak tahu erti takut.



Dahla, Jadi makin panas lak hati aku nih.  Hish! budak budak sekarang.  Ya Allah..jauh kan la keluarga ku dari keburukan dan dekatkan kami kepada kebaikkan. Amin~

So..anak anak..dengar la kata ibu bapa.  Jangan la merosakkan diri sendiri, sengsara hidup kelak.  Ape lagi..katakan benci pada DADAH dan Selamat beramal la ye.  huhu. Wasalam.






09 April, 2014

REVIEW : NATURACTOR SUMMER CAKE MEIKO JAPAN



Assalamualaikum.

Harini cuaca agak panas and bahang, rasanye mungkin akan hujan. Wallahualam~
Mood nak buat ape ape pun macam kurang je. So, update entry ni jelah,
walaupun idea tu macam takde je. Hurm. My mood comeback to me please!
Jom start my review.


Ini adalah jenama produk yang sama seperti saya review sebelum ni. Compact Naturactor Summer Cake (foundation) dari Meiko Cosmetics. As always, this produk adalah terbaik dan berkualiti. Tiada yang tiruan dari Japan ni ye kawan kawan. Nasihat saya sama sahaja, pastikan produk yang terbaik ye. 
Penjagaan kulit tu memang sangat penting. Pakai produk yang menggunakan bahan yang tidak sesuai boleh buat kulit rosak.
So, here are the things that i found out with my own research.



 PRODUCT DESCRIPTION
 Naturactor Summer Cake adalah foundation berbentuk bedak. Sangat IDEAL buat mereka yang tidak sukakan foundation jenis cecair dan melekik.
Ia tahan sehingga 8jam. Naturactor ini berbentuk seperti compact powder yang sangat portable dan sangat sesuai buat mereka yang selalu berpeluh.


INGREDIENTS
ALOE VERA - Membantu melembapkan kulit dari kekeringan. Juga membantu mengurangkan radang kulit dan merawat jerawat.
VITAMIN E - Menghasilkan kulit yang lebih muda dan melambatkan proses penuaan. Membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik.
HERB - Pelbagai jenis tumbuhan. Menjadi sebagai egen menyerap peluh. Ianya lembut pada kulit , tidak menyebabkan pengelupasan dan tidak memudaratkan kulit.


COLOUR AVAILABLE
630 - PINKY and for fairest face
642 - PINKY A BIT, for malay skin
643 - MORE BROWNISH, for malay skin and indian
650 - DARK BROWN, for indian skin
670 - GREEN BASE POWDER, special for redish or pimples skin



Boleh kah pakai Naturactor Summer Cake dengan Cover Face?
Yes, memang boleh. Tapi ade cara ya. Macam ni caranya.


HOW TO APPLY
Span KERING - Selepas menggunakan Naturactor cover face, anda boleh juga memakai Naturactor Summer Cake ini sehingga rata di kulit. Tapi di nasihatkan apply cover face nipis je ye, supaya tidak nampak tebal sangat pada muka.
Span BASAH - Dengan cara membasahkan span, anda tidak perlukan cover face lagi, coz kesan Natractor Summer Cake ni pun dah macam anda pakai cover face. Apply sahaja Summer Cake di wajah seperti biasa.


SPECIAL FOR OILY SKIN ,CAN MAKE SKIN LOOK NATURAL .WILL COME OUT THE MATT COLOR FACE AFTER USE IT .


This Naturactor Summer Cake is like 2 ways cake. Boleh dijadikan sebagai foundation dengan span basah dan jadi powder dengan span kering. Memang best kan!
Memang sesuai sangat buat mereka yang pemalas nak bawa barang makeup banyak banyak. haha..

Ok, kali ni my shade for this Naturactor Summer Cake adalah code no 642. Sebenarnya aku ni bukan la pandai sangat nak pilih code warna ape, tapi selamat tuan Naturactor Collections ni ada.
 Memang sangat match dengan kulit.

If korang nak tahu cara nak match this Summer Cake dengan Cover Face, tengok ni ye.
Summer Cake 642 > Cover Face 130 and 140
Summer Cake 643 > Cover Face 140 and 141
Summer Cake 650 > Cover Face 151

Now, lets move on to my personal thought about this NATURACTOR SUMMER CAKE.


1st Pic - Bare face tanpa pakai apa. No edit. Mata sangat nampak seperti panda, 
tambah lagi kulit kusam. hoho...
2nd Pic - Summer Cake with 1layer. Saya guna span basah. Tertutup sedikit lingkaran hitam mata.
3rd Pic - Still guna span basah untuk layer yang kedua. Dah tak nampak lagi lingkaran hitam dan kulit kusam.


Ini hasilnya selepas ber- makeup. Gambar ini di bawah cahaya yang sedikit. Low Light (dalam rumah). Hanya mengunakan sedikit eye liner, mascara, blusher and lip gloss.
  

Gambar ini pula di bawah cahaya yang terang. Bright Light (tepi tingkap). True is, saya tidak edit ape ape. Hanya letak watermark sahaja.


Si kecil ni pun nak bergambar sama. Dia ingat saya nak keluar jejalan. Haha.. Kecian dia. 
Petang la ye kita keluar ke taman.

Ok, back to my thought. Keseluruhannye, saya suka bila pakai Naturactor Summer Cake. Coz, sapuan sedikit sahaja pun dengan span basah still nampak perubahan, walaupun just light coverage. Even saya pakai layer kedua, dah nampak same like pakai cream foundation. Hilang semua cacat cela di muka.
Sangat sesuai for everyday use or nak keluar jejalan. 

Also suitable for mereka yang bekerja di office and outside office. Sapuannya sangat sekata, tak nampak bercabuk pun dan bila dah lama pakai pun still tak nampak pecah pecah. Tahan sehingga 8jam tau.

Cuma, ada sedikit kelemahan. Kenapa tiada span for this Summer Cake. Its so hard to find span yang sesuai dan suit for this Summer Cake. 
But, this Summer Cake still best. Bawa dalam beg, boleh di jadikan powder or foundation. EASY! Amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.

So, buat rakan rakan yang berminat dan ingin mencuba sendiri menggunakan Naturactor Summer Cake ni.
Boleh direct contact dengan kak Zunita ye. At

WhatsApp/sms : 0133986129
Instagram : @elegancecosmetics
Twitter : @naturactorcf



Kalau ingin saya review product anda.
Please do not hesitate to email me : 




06 April, 2014

www.bondaqalish.com




Assalamualaikum.


Pepagi ni mari kita mulakan dengan Bismillah dan Alhamdulillah.
Ok, aku seriusly rase ringan sikit otak aku ni. Dah lame gila aku dok fikir about tukar domain ni. But, baru sekarang berpeluang untuk tukar.
So, ada perubahan? hahaha... cuma URL blog je yang berubah.
Nak bertukar wajah blog ni tak pasti la bila. But mungkin akan berubah kot, cuma not sure when.

Alhamdulillah Ya Allah for this. Dan big thanks to my hubby for ur support. I love u always.
ok, daa....
Wasalam..