27 March, 2014

Cara Mengubat Hati



Assalamualaikum.



Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.



- Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu.



13 March, 2014

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN


Assalamualaikum.

Hello my lovelies! Ini adalah my first time product review. Memang agak teruja dan
tertunggu tunggu posmen datang rumah. But, sayangnya terpaksa ambil sendiri kat
pejabat pos.(huhu..padan muka aku)
But actually, saya terfikir fikir nak use bahasa english or bahasa melayu.
So, in the end saya rojak kan aje. Hope korang faham la ye. Ok, lets begin.


As you all know's. Naturactor Cover Face ini memang dikenali, lagi lagi buat peminat kecantikan. 
Malah kebanyakkan pengguna Naturactor Cover Face adalah terdiri dari makeup artis, selebriti dan mak andam sendiri. This Cover Face is from the Japanese brand Meiko Cosmetics.

perbezaan packaging naturactor  from china and Japan
But first, saya nak info sikit. Naturactor Cover Face ni bukan sahaja ada dari Japan, tapi ade juga dari China. Tapi of couse, kualiti yang terbaik adalah dari Japan. Pastikan produk yang terbaik ye, penjagaan kulit muka itu sangat penting.

I also have read a lot of reviews about this concealer and how people with blemishes 
(like me) use this as a full coverage foundation. 
Saya rasa berterima kasih pada Naturactor Collections coz memperkenalkan saya pada product MEIKOHere are the things that I found out during my research. 


PRODUCT DESCRIPTION
Menyediakan perlindungan yang baik untuk kulit. Ia tahan lama dan anda hanya perlu apply sedikit untuk mendapatkan kulit kelihatan sempurna. Sesuai untuk semua jenis kulit. Fragrance free. Special to make up artis and professional use


INGREDIENTS
Jojoba Oil - berkesan untuk merawat kulit kering atau membantu mewujudkan penampilan yang lebih muda buat mereka yang memiliki ageing skin. Also used for acne treatment.
Mica - offers a sheer look and feel to the skin that it is long lasting.
Tokoferol (Vitamin E) - antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit anda.


SHADES


130 - Light color, membuat kulit pucat atau membosankan menjadi lebih
         cerah dan kelihatan lebih muda. Suitable for very fair skin tone. 
         Khusus buat make up pengantin. Has pink undertone.
140 - Light in color but slightly deeper than the 130. Sesuai untuk nada kulit yang cerah. 
         Has yellow undertone.
141 - Medium color and a natural skin color fit yet has translucent effect. Sesuai untuk
         nada kulit yang fair sebagai shading. Suitable for stage/studio makeup.
         Sesuai untuk nada kulit sederhana. Has pink undertone.
151 - Good coverage for face defects and shading. Sesuai untuk nada kulit melayu. 
         Has yellow undertone.
171 - Hijau meneutralkan sebarang kemerahan pada muka anda, from 
         broken blood vessels, blemishes irritation etc. Ia membantu menghalang kulit 
         merah dan berkesan meliputi bintik-bintik merah yang ditinggalkan oleh jerawat.




Well, agak sukar sebenarnye nak tahu warna cover face yang sesuai untuk kulit kita ni. 
Tapi sebagai pembeli korang boleh rujuk and tanya sendiri pada penjual. 
So, jom beli pada Naturactor Collections kerna mereka amat peramah and 
mesra pelanggan lagi lagi macam Kak Zunita. (nampak saya bodek di situ) It is true ok.
Thanks God, shades yang saya pilih memang sesuai dengan nada kulit. 
Shade that i have using is 140 for light skin. 
Macam mane nak pakai? OK, camni ye.


HOW TO APPLY

1. Anda boleh menggunakan jari , triangle sponge atau  flat foundation brush untuk apply.
2. Pastikan kulit anda kering sebelum apply.
3. Apply the cream foundation dengan rata di kulit. Ambil jumlah yang kecil dan
    bukan sekali banyak ye.
4. Mulakan dengan kawasan garis rahang dan berhampiran telinga 
    (dalam gerakan ke bawah) kemudian di dahi , kawasan hidung, dagu 
    dan kawasan leher.
5. After applying, blend it in nicely all over the face dan pastikan ia spread evenly all over.

Sekarang, let's move on to my personal thoughts about this product. 


KIRI      - This is my bare face. No edit or anything, just watermark ye. Tak pakai apepun, 
                 banyak bintik hitam, lingkaran hitam, warna kulit tak sekata and bibir yang
                 kering (abaikan tang bibir ye). huu...malu lorh!! 
KANAN - My face with Naturactor Cover Face. Clear!! Tak nampak lagi bintik hitam, 
                 lingkaran hitam dan warna yang tak sekata. Look smooth kan?

Ok, pertama kali try Naturactor ni rasa sangat mudah nak blend kat muka. Habis semua jeragat, lingkaran hitam mata and blemishes kat muka hilang. Hilang untuk sementara la ye, kalau nak hilang terus kena la makan suppliment ye. Oh, even warna kulit saya yang tak sekata tu pun jadi sekata je.

Naturactor Cover Face ni memang best, rasa ringan and tak berminyak pun semasa apply. 
Saya rasa macam pakai bedak compact je. Bau die pun tak kuat, malah 
macam tiada bau pun.
Memang sangat kemas dan licin je pada kulit, macam baldu gitu. Wow!!
Yang penting harganya sangat berpatutan, hanya RM41 sahaja. 
Mesti kena miliki Naturactor untuk melengkapi barang make up korang..


KIRI         - Indoor with low light (dalam rumah)
KANAN   - Indoor with bright light (tepi tingkap)

Ini hasil selepas saya ber-make up. Just pakai Naturactor Cover Face, tanpa sebarang bedak. Plus with blusher, maskara and lip balm. Saya memang make up simple je, 
tak suka sangat kalau terlalu sarat.

Keseluruhannya, saya memang berpuas hati. Naturactor ni sangat membantu saya untuk menutup segala cacat cela di muka saya. Juga sangat sesuai buat mereka yang berkulit kering. But tidak sesuai buat mereka yang berkulit berminyak. For oily skin type, maybe Octard Cover Face is more better (info from friend).

Ok, buat rakan rakan yang berminat untuk mencuba sendiri Naturactor Cover Face or another product from MEIKO Cosmetics
Boleh direct contact dengan kak Zunita ye. At

WhatsApp/sms : 0133986129
Instagram : @elegancecosmetics
Twitter : @naturactorcf



Kalau ingin saya review product anda.
Please do not hesitate to email me : 






09 March, 2014

Doa Supaya Rezeki Tidak Putus




Assalamualaikum.

Bersyukur dengan ape yang kita miliki. Jangan la kedekut, rezeki dari Allah itu ada.



Amalkan doa ini selalu, in shaa Allah rezeki anda tak akan putus jika.sudah berusaha dan tawakal kepadaNya.



INNA HAAZAA LARIZKHUNAA MAA LAHUU MINNAFAD

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis -




02 March, 2014

Lupa Esok Checkup




Assalamualaikum.

Fuhh! dah bulan Mac rupanye. Cepat betul masa berlalu. Padahal aku rase harini still bulan Feb.
Sangat ketinggalan aku ni. Entah nape aku asyik dok pikir bulan Feb je, rasenye takde pun hari special.
Hurm!!

Disebabkan terlalu obses bulan Feb, dah aku lupa yang aku ade check esok. 
3 Mac 2014, pukul 11pagi. Argh!! 3Mac tu esok OK. ESOK!!

Aku kat kampung kot. Esok baru nak balik rumah sendiri. Alahai Bonda!
Camne la boleh terlupa ni. Anak baru dua orang, dah jadi pelupa. Kekadang mak aku pun bising.
Well, aku mewarisi dari mak aku jugak ye. Mak ooo0oo mak!


Dah tu bukan aku sorang je. Tapi Addin and Affan sekali kena checkup.
Sorang nak ambil ubat cacing, yang sorang lagi nak kena cucuk.
hohoho...sorry dear boboy's. Bonda memang terlupa pasal appoiment korang.

Nampaknye besok pagi memang nak kena call klinik, minta tukar tarikh.
Harap harap taklah penuh ye hari selasa nanti.

Aku tak kesah bab bawa anak jumpa doktor ni, tapi aku kesah nak bawa anak kena cucuk.
Hahaha....aku takut kot. Aku memang tak boleh tengok anak aku kena cucuk.
Memang dari anak sorang and tambah jadi dua orang ni pun, suami yang bawa gi cucuk. Hehehe...
Kalau aku yang kena cucuk takpe lagi. Aku yang rase sakit. Kalau anak kena cucuk, kesian kot.
Hee..jangan pelik ye. Sayang anak punye cite ni.

Eh, oklah. Melalut da sampai jambatan Pulau Pinang aku ni.
(Teringin nye nak lalu jambatan baru tu..)
Bye guyz..Daa.. Take care.
Wasalam.





01 March, 2014

Doa Bertemu Jodoh




Assalamualaikum.


Selamat petang wahai kekawan sekalian. How ur days? Busy ke atau happy giler dapat jejalan dengan kekasih? Or masih melepak kat rumah, makan and tidur je.
Well, aku? Makan tidur gak la dekat rumah mak mertua aku ni. Hihihi.. Pemalas betul menantu ni kan?
Tak delah malas, kerja buat gak la sesikit macam masak and nyapu tu.
Tapi cuaca agak panas dan kekeringan ni, mata asyik berat je pastu mulut ni tak habis habis dok 
nganga leluas. Fuh!! Mengantuk kot.

Oklah, bebel banyak la mak siti ni. Haish!
Have to go. Tapi sebelum tu.
This is untuk kawan kawan yang dah lame membujang dan tak punya sesiapa hati tu.
Banyak kan lah ye berdoa, mohon pada Allah.
DIA lebih mengetahui tentang jodoh kalian ni. Aku just sharing dengan korang je.
Kalau dah ade pemilik hati, rajin rajin la bangun malam untuk buat solat istigkarah ye. (betul ke eja ni?)
Bye guyz. daa...
Wasalam.