25 February, 2014

Siapa Saya?




Assalamualaikum.


Selamat sejahtera wahai sahabat blogger sekalian. This time aku just nak share pasal aku je.
Walaupun dah terlewat aku tetap nak share. Coz kekadang terasa blog ni macam tidak bertuan, walaupun dah update entry bagai. Hurm...saya ni pun bukan la femes pun. Tiada siapa pun yang nak singgah blog ni. Anggap je entry ni sabagai post untuk harini ye. heheh...
So, nak kenali aku? Jemput la baca ye.





 Nama : Siti Nursalamah Ishak (Bonda for blog)
 Age : This 2014, 26y'old.
 Status : Berkahwin dah (tahun 2011)
 Anak : 2 orang (Lelaki)
 Pekerjaan : Surirumah and Usahawan (maybe someday, doakan ye)
 Tahap Pelajaran : Sijil dari kolej Intra (Pengurusan Pejabat)
 p/s : Tiada apa yang menarik. it's just only me. Simple person, tapi sangat bahagia dengan ape yang telah aku miliki. Alhamdulillah.



Ini my hubby. Seorang yang memiliki sifat yang tegas tetapi terselit sifat manja, lucu dan bertanggung jawap terhadap keluarga dan mak abah. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana Allah pertemukan aku dengan suami disaat aku mula sesak dan stress dengan kehidupan duniawi. Suami lah penyelamat aku. I love you my sweet Hero.

Kami di ijab kabulkan pada January 2011. Sangat bersejarah malam tu, walaupun aku takla nangis meleleh air mata. Tapi hanya Allah yang tahu bertapa bersyukurnya aku waktu tu. Dan pada tahun yang sama, aku telah melahirkan seorang Hero Kecik yang sepet macam cina. Nama dia Muhammad Addin Qalish yang bermakna Agamaku yang bersih murni. (maksud muhammad tu korang tahu jelah kan)

Pengalaman melahirkan Addin memang paling mudah dan senang. Aku cuma berselawat dan istigfar je disaat waktu genting melahirkan dia. Aku rasa aku pernah share kot kat blog ni. Korang rerajin la ye selongkar blog ni.



Yeah!! Hello my baby.
Ini my second hero yang murah senyuman. Nama dia Muhammad Affan Qalish yang bermaksud Pendaki atau menjaga kesucian diri yang bersih murni. Lahir pada bulan Jun 2013, bulan yang sama dengan ayah die. Kalau nak sambut hari jadi senang, sambut sekali dua orang je terus. hehehe...

Pengalaman melahirkan Affan sesangat la berbeza dengan abang dia. Kalau story kat sini memang jadi panjang la entry Siapa Aku ni. hihihi... But, agak sakit juga sampai akhirnya aku merayu pada Allah agar cepatkan kelahiran dia. Fuh!! Allah je tahu camne aku menahan sakit waktu pintu rahim nak bukak.

Alhamdulillah, waktu membesarkan Affan sesangat la senang. Dia tak pernah berjaga tengah malam, cuma time nak susu je. Tu pun lepas nyusu, dia tidur balik. Ya betul! Anak yang kita lahir tu bukan semua sama, walaupun keluar dari rahim yang sama.


Ok, sampai sini je kot. hohoho...tak tahu nak cerita ape lagi malam malam ni. Mata aku pun dah mula pedih asyik ngadap lappy ni je. Ohye, my lappy dah elok!! lepas ni banyak la GA yang aku join. Alhamdulillah kan. Dah lama sangat aku berpuasa, lepas ni boleh la lepas nafsu. hahaha...nafsu nak join GA ye makcik pakcik.

So, have r gud dream yo! Dan Ya Allah, terima kasih dengan segala yang Engkau berikan pada aku.
Dan cucurilah rahmat Mu kepada Muhammad serta para sahabatnye.
Wasalam.




23 February, 2014

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul




Assalamualaikum.



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan 
dan jangan sesekali 


menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan 


merangsang ke bahagian otak.



Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. 


Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. 

Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. 

Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”




4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan 


menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik

 adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan 


mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda 


lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.


(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan 

yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara 


berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka 

ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis 


menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan 


membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu


 giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang 


unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg 

daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin 


memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan


 dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda 

suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai 


barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah 

rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress 


menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja 


pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. 


Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila 

rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya


Anugerah Allah yang Terindah.




20 February, 2014

Pantang Larang Ketika Haid Dan Penjagaanya





Assalamualaikum.




Gadis/wanita biasanya menganggap kedatangan haid sebagai suatu yang merimaskan. Sebenarnya kita patut bersyukur kerana itu menandakan kita seorang yang sihat. Darah haid adalah darah kotor yang perlu keluar pada setiap bulan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika haid: 

1. Antara tanda kedatangan haid atau sesudahnya ialah *ditumbuhi jerawat*besar dimuka. Jangan diusik-usik atau dipicit jerawat tersebut apalagi dengan tangan yang kotor. *Sapukan ubat jerawat* bagi menghilangkan kesan parut.

2. Sebaiknya *mandi dengan air suam*bagi memulihkan kelesuan.

3. Elakkan membasuh rambut pada hari pertama kedatangan haid hingga hari keempat kedatangan haid. Ingat jadual bulanan haid. *Sebaiknya basuh rambut sehari sebelum kedatangan haid.* Jika terpaksa gunalah air suam. Cara ini dapat melancarkan perjalanan darah kotor disamping mengelakkan*berlakunya keputihan*. Kekerapan membasuh rambut pada hari pertama hingga keempat menyebabkan darah berhenti sebelum waktunya.

4. Hindarkan minuman bergas dan berais.

5. Kurangkan makan *makanan yang berbau hanyir* seperti ikan masin, udang dan sotong supaya darah tidak berbau hanyir. Pengambilan *protein dari kekacang* seperti air soya, tauhu atau tempe amat digalakkan.

6. Untuk penyucian dalaman, minumlah jus *kunyit yang dicampur air asam jawa dan sedikit gula melaka*. Air kunyit menyembuhkan bengkak dan menghindarkan bau hanyir. Asam jawa melancarkan darah. Sukatannya, tumbuk seketul ibu kunyit sebesar ibu jari kaki sendiri. Perah dan ambil patinya. Campurkan dengan sedikit air asam jawa, air suam dan gula melaka (sesedap rasa). *Minum sekali sehari*.

7. Cuci tuala wanita sampai bersih, bungkus dengan surat khabar lama untuk dibuang. Pakaian dalam yang kotor hendaklah *segera dicuci*, jangan dibiarkan berendam terlalu lama. Ia merupakan keaiban diri yang perlu dijaga.

8. Sepanjang tempoh ini *banyakkan berzikir* supaya hati sentiasa tenang, badan cergas dan dijauhkan dari segala gangguan yang tidak diingini. Amalkan doa:

"Segala puji bagi Allah atas tiap-tiap kurnia dan nikmat dan aku meminta ampun kepada Allah daripada tiap-tiap doa."



Ps: yang penting kena rajin jaga kebersihan agar takde bau yang kurang menyenangkan. Kan?



15 February, 2014

Monolog Seorang Perempuan




Assalamualaikum.


Selamat petang. Harini aku kat kampung, menziarah mak and abah. Alhamdulillah mereka sihat walafiat.
Ok, petang ni aku nak share sesuatu dengan korang. This monolog baru di post at my fb. Dari kawan kolej aku dulu. Actually kami tidak la rapat, lagi lagi dengan perangai die tu. But, kite tak akan tahu hati dan perasaan sebenar seseorang itu. Hanya Allah yang lebih mengetahui dari kita. Manusia itu boleh berubah kan? If dia berusaha dan berdoa atas keinsafan nye. Ok, jom kite feeling feeling sesama.


♡♥♡♥♡


*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Chill~ 

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan dia sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi perempuan rosak akhlaknya.

Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau cabut kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi kera sumbang, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu. Setelah engkau merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. 

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segalanya. Kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga drinya dan hatinya...sekian..wasalam.


#monolog ini terhasil dari isi hati seorang sahabat. Allah itu Maha Pengampun..





13 February, 2014

Jom Belajar Berwudhu




Assalamualaikum.


Di sebabkan rumah ni takde air. Aku da pening camne nak ambil air wudhu. Selamat la air ade sikit dalam tong, harap harap cukup la kan.

Atau mungkin sebenarnya aku juga tidak begitu mengerti masalah ini tapi keyakinan dan semangat untuk belajar membuat aku ingin menulis tentang ini. Jom kita perbaiki sama sama. Bagaimana cara Berwudhu yang baik & benar, Seperti Firman Allah SWT. :


يــأيهاالذين ءامنوا إذا قمتم إلى الصلوة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برءوسكم وأرجلكم إلى الكعبين
المائدة: 6 
  
Artinya:
"Hai orang-orang yang beriman, Apabila mengerjakan sholat, maka basuhlah wajahmu, tanganmu sampai dengan siku,dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu, sampai dengan kedua mata kaki" { Q.S.Al-Maidah 5;6}

Berikut Tata cara berwudhu  yang Baik dan Benar:

Langkah-langkahnya adalah :

1. Membaca Doa sebelum wudhu

-Bacaan Doa sebelum berwudhu
 “Allaahummaghfir lii dzanbii, Wawassi lii fii daarii, wabaarik Lii fii rizqii”
Artinya:
 “Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku, dan berkahilah rejekiku.”

2. Membasuh kedua telapak tangan kita sebanyak 3 kali dengan diiringi bacaan basmalah.

    "Bismilaahir rahmanir rahiim"
    Mencuci kedua telapak tangan kanan  dan kiri hingga bersih dari kotoran, terutama najis yang tampak maupun tidak tampak

3.Membersihkan Mulut dan Hidung, Masing-masing sebanyak 3 kali.

    Membersihkan Mulut dengan berkumur dan jangan lupa membersihkan lubang-lubang hidung 

4.Membasuh muka, Sebanyak 3 kali

       Membasuh dan mengusap muka dengan air secara merata hingga terasa bersih

5.Membersihkan tangan Kanan dan kiri, Max 3 kali

    Membasuh tangan kanan dan kiri dari ujung jari sampai batas siku

6.Mengusap kepala

    Megusap sebagian mulai dari dahi hingga batas rambut bagia atas

7.Menyapu kedua Telinga

    Membersihkan kedua daun telinga mulai dari bawah menuju bagian atas

8.Membersihkan kaki kanan dan kiri

    Mencuci kaki dari ujung kaki, merata hingga mata kaki

9.Berdoa sesudah berwudhu

    Setelah berwudhu hendaknya kita membaca doa


" Asyhadu Alla ilaaha illalllaahu wahdahu laa syariika lahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh. Allahumma  j’alnii Minattawwaabiina waj’alnii minal mutathahhiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina ".







Wordless I'm Not A Dreamer




Assalamualikum.





11 February, 2014

Catatan Collagen Plus Vit E Menyebabkan Kanser




Assalamualaikum.

Pagi ni sarapan kentang goreng and nugget je, sambil sambil bukak hp nak tengok WhatsApp. Tetiba terbaca message dari akak biras tentang product CPv ni. Terkejut gila kot! Aku baru share kesan pakai product ni semalam. Dah harini ade cerita yang menakutkan aku pulak.
Ok, ini la message gambar yang biras aku hantar kat WhatsApp.


So, ape pendapat korang?
Aku juga pengguna product ni, bila baca macam ni aku jadi waswas. Jadi aku pun search kat Google kesan pemakaian product CPv ni. Dan aku tarjumpa blog seorang kakak ni.


Korang boleh baca story die pulak pasal product ni.





Aku pun terjebak coz tahu sendiri testimony dari my mom sendiri. Thats why aku nak try produk ni. Aku nak sangat hilangkan jeragat aku yang tumbuh banyak ni. Tapi aku tak tahu pula product ni boleh memberi kesan yang teruk. Allahuakhbar..




Aku pun beli yang original kot. Hurm, nampaknye aku terpaksa la stop pakai product ni. Takut jugak nak teruskan. Sorry guys yang follow up my catatan about product ni. Kalau aku teruskan jugak, mungkin satu hari nanti terkeluar pulak berita pasal aku. Kan nanya tu! Haish!
Kesian akak tu, muka elok takde jerawat habis tumbuh dengan teruk and kulit muka kusam pulak. Bersabar ye kak. Dan kita sesama baca Al Fatihah kepada adik yang meninggal akibat kanser kulit dari penggunaan product ni.

Nasihat dari Cerita Akak.

BARANG MURAH TAK SEMESTINYA BERIKAN KESAN MEMUASKAN, BEGITU JUGA BARANG YANG MAHAL

Ok guys, I have to stop using it. Walaupun seronok menggunakan product ni. But aku kena juga fikir kesannye pada kulit aku even barang tu memang aku beli murah.
So guys..think about kesihatan korang juga ye.
Daa..wasalam.


10 February, 2014

Catatan 7hari Collagen Plus Vit E




Assalammualaikum.


Selamat tengahari. Dah lunch ke korang korang ni?
Harini aku just masak sardin je untuk suami and anak, coz harini aku puasa. So, si suami tak bagi aku duk dapur sangat, takut aku curi curi makan. Pandai je die, aku ni lagi pandai kawal nafsu makan. *yelah tu.
Hehe..urusan hutang dengan Allah tak selesai lagi, tu yang kena bayar. Paham paham la bile nak masuk tahun baru ni la baru nak bayar. Teruknye bonda qalish ni. Haish!

Ok, sudah sudah la pembuka kata tu ye. Back pada tajuk. Well, aku ialah pengguna pertama kali CP Vit-e ni. Aku mula mula dapat tahu dari my mom sendiri sebab die pun guna product ni. Wow! Best kan anak branak kongsi product muka yang sama.

My mom mencuba bila dapat tahu kawan kuliah die dah putih bile guna CP vit-e ni. Dulu kulit kawan tu bertompok tompok hitam mcam kulat and warna kulit pun tak sekata. Tapi sekarang, tompok tu dah mula nak hilang, kulit pun makin cerah. Alhamdulillah.
Well, bila mak tahu yang CP vit-e ni berkesan die pun nak try. Coz kulit mak pun tak sekata and banyak jeragat.


Cuma tulah, mak rajin ke laut dengan abah. Kulit dah mula gelap sikit. Tapi yang best, jeragat mak dah mula berkurang. Mak just pakai cream sia dan malam je, mak tak guna sabun coz kulit mak menggelupas, tu yang mak tak guna sabun.


Testimony 7hari aku.


Sebelum guna Collagen Plus ni, macam macam masalah kat kulit aku.
Warna kulit tak sekata, nampak cam sembab sangat muka, tu belum lagi dengan jeragat. * sorry coz gambar tak berape clear.
Kulit kering dan menggelupas, dari dahi, pipi, hidung and dagu. Lame gak nak hilang menggelupas tu. Kekadang nak pakai bedak pun malu, coz memang akan jadi nampak sangat kulit menggelupas. Tak sukanye!!


Tapi bila dah start guna product CP vit-e ni, rase jatuh cinta lak.*macam poyo je kan bunyinye, hikhik.
True is, first time guna sabun die terus kurang kulit kering tu. Yang menggelupas tu pun macam dah tak terase sangat kat kulit. Kalau tak, muka ni rase macam kertas pasir je. Bile kerap pakai sabun die, muka rase macam tegang. Rase licin and lembut je sentuh.
Cream CP vit-e ni pun aku guna secara consistent.  Mula mula effect,  muka macam gatal sikit. Tapi bile lelama jadi macam sebati dengan kulit.
Buat masa ni, kesan nye tak beberapa ketara. Kulit cerah dan lembut sikit dari sebelum ni. Kulit kering dan menggelupas pun dah hilang. Cuma aku tak sabar nak hilangkan jeragat ni. Cam taik lalat yang tumbuh beramai ramai. Kan?

Hurm, bab lingkaran hitam pada mata dan bibir yang menggelupas tu aku masih belum jumpa product yang sesuai. Lain kali kalau guna product lain aku share kat sini. 

About this product,  Collagen Plus Vit e ni lain kali aku akan update lagi. Dan aku akan pakai secara consistent. Nanti kite tengok lah camne hasilnye. Hope berkesan untuk aku, in shaa Allah.

Ok, have to go. Daa.
Wasalam.



★ I Love Camera and Paloroid




Assalamualaikum.

Malam ni nak share gambar sikit dengan korang. Kalau rase nak amik, silakan. Tapi kalau bole comment comment la sikit sambil tinggalkan link blog. Bole gak aku blogwalking nanti. Ok, terima kasih ye.
Selamat malam. Daa..
Wasalam.




























09 February, 2014

Catatan Harum Malam Terhenti Seketika




Assalamualaikum.



Selamat malam. Alhamdulillah, pagi tadi mak and abah datang rumah. Happy sangat, dah lame rasenye rumah ni tak terima tetamu. 
Anak anak pun suka, specially abang Addin tu. Terlompat lompat cam kijang, so funny. Tapi bile ade orang ni, satu je yang aku tak kenan, die suka tunjuk perangai menarik perhatian die tu. 
Kecian Affan, asyik di 'babap' abang je, tak sakit kan? Butang kot mata aku ni tengok die, but..die just buat muka tak bersalah je. 
Hurm, anak kan..lame mane la hati aku ni nak marah. Sayang kot, tapi bab mendidik memang aku tegas sikit. Risau bile anak da besar nanti, lain prangai pulak. Hish!! Takut nak fikir.
Hah! Kan da panjang lebar aku melalut. Padahal tajuk tu lain tu. Dah dah. Stop!!
Back to topics. 





Tu dia...lame nak mampuih tak update pasal HM ni. Macam berbulan bulan rasenye. Hurm, nak buat camne.
Dalam gambar ni adalah botol ke dua yang aku makan.
Before ni hasil dari HM ni memang amat memberangsangkan, si suami pun amat setuju. Malah, memang memberi tenaga. Kalau makan waktu pagi, terase cergas je. Seronok bila hari hari camtu.

But, sejak makan HM ni banyak effect kat anak. Die kerap berak berak, sampai merah bontot die. Menangis je tiap kali berak, dua hari jugak la.
Oh, my son breastfeeding till now.

Lepas jadi camtu, aku terpaksa stop kejap. Cuma kekadang badan cam letih je baru aku makan, tapi bukan tiap hari. Makan bila perlu je. Tapi tulah kan, bila makan sikit sikit ni taklah nampak sangat hasilnye.

Done worry, HM ni still the best. Sekarang pun dah ramai yang jadi egen jual jus ni. Kekadang aku ternampak jugak kat toko jamu. Kalau rase nak try boleh la beli. In shaa Allah amat memuaskan hati.



Oklah, lewat dah. Jap lagi nak off wifi. My brother harini menakut nakutkan aku, kononnye kalau pakai wifi nanti ade yang curi line.
Siape la nak buat camtu selagi ingat Allah. Lain la kalau dah tak peduli buat dosa pun.
Ape apepun, ya Allah jauhkan la mereka dari terus membuat kesilapan dan lindungi la harta benda suami dan keluarga ku. Amin..

Ok, gudnite.
Love u olls. Daa.
Wasalam.