22 January, 2014

Sebab Malaikat Tidak Masuk Ke Rumah





Assalamualaikum.
Anak aku kalau tak boleh tidur, habis semua orang die kejut. 
Last last mata aku merah, kepala pun pening. Sabar jelah. Mungkin jap lagi tidurlah tu.

Hurm, korang rase malaikat masuk tak rumah korang? Aku tak pasti malaikat masuk rumah aku ke tidak. Yang pasti semua kat bawah ni alhamdulillah aku tak buat kecuali kekadang suara aku kuat jugak bila marahkan anak, cuma bukan selalu la. Ape ape pun, harap malaikat sudi masuk ke rumah aku ni. In shaa Allah.
Yang penting sedar kesilapan dan perbaiki sesama. Kan?
Jom renung renungkan.



1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing. 

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.


5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.


6- Rumah yang sering meninggikan suara.


7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.


8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.


9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .


10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.


11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.


12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.


13- Rumah pemakan riba,intres.


14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.


15- Rumah yang memiliki patung-patung.


16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.


17- Rumah yang didiami peminum arak.


18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.


19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.


20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.


21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).


22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.


Sama sama kita berusaha mendapatkan keredhaan-NYa..




16 January, 2014

Kebiasaan Isteri Yang di Sukai Suami







Assalamualaaikum.
Kali ni aku nak share untuk isteri isteri dan untuk diri aku sendiri. Banyak yang kurang pada aku and I hope tips ini dapat perbaiki semua kekurangan. Perlahan perlahan asalkan hidup dalam rukun rumah tangga yang bahagia dan aman. In shaa Allah. Aku tak tahu masa depan macam mana, but semoga keluarga aku ni kekal hingga ke jannah. Amin~



1. Berusahalah berhias secantik mungkin jika bersama suami.

2. Tampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri di depan suami.

3. Banyaklah memberi perhatian kepada suami dengan perhatianmu maka akan membuat dirinya merasa nyaman.

4. Terimalah apapun pemberian suami dan jangan sekali-kali mengeluhkan atau menyepelekannya.

5. Jangan banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum bisa ia penuhi.

6. Hindarilah membantah apa yang suami ucapkan.

7. Selalu taatilah segala permintaan ataupun perintah suami sepanjang bukan hal kemaksiatan.

8. Temani suami di saat makan dengannya ia akan merasakan kenikmatan dalam kebersamaan.

9. Hindarilah melakukan sesuatu yang tidak disukai suami.

10. Janganlah suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Karena rata-rata seorang suami tidak menyukainya.

11. Hiburlah suami disaat ia dalam kesedihan.

12. Dan yang tak kalah penting, usahakan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.







14 January, 2014

Tiada Yang Abadi






Assalamualaikum

Mencari kesempurnaan dalam hidup umpama mencari sesuatu yang tiada penghujungnya. Padahal kita tahu segala yang di dunia ini hanya sementara. Kenapa harus hanya fikirkan duniawi semata. Belum terlambat untuk lebih istiqomah. InsyaAllah.  #muhasabahdiri



Wordless Salam Maulidur Rasul





Assalamualaikum.



10 January, 2014

Kerana Isteri Tidak Bekerja....??

Assalamualaikum.



Ok, aku bekerja sebagai suri rumah. Aku memang tak bekerja luar, tapi penat aku lebih dari yang bekerja diluar. Pagi bangun buat breakfast,  mandikan anak2,  menyapu and basuh baju. Tengahari tidokan anak,  masak tengahari, basuh pinggan,  mop lantai and kalau anak bangun kena bagi makan. Anak kecik kecik lagi memang kena bagi tumpuan dan kena berwapada selalu. Kemalangan tu bukan kat luar je, dalam rumah pun boleh berlaku. Petang kena mandikan anak , angkat baju and masak makan petang. Malam tukar pampers anak, lipat baju, masak malam,  kemas barang mainan anak dan tido dengan anak. Tu belum asyik berjaga malam untuk bagi susu anak. Aku memang kerja 24jam sehari selama seminggu, malah tak pernah dapat tido yang berkualiti langsung. But, aku happy dengan ape yang aku buat, anak pun aku nampak depan mata. Alhamdulillah.
Kerna itu Allah berikan ganjaran yang baik buat mereka yang bekerja sebagai suri rumah, kerja paling mulia sekali.
Aku bukan nak mengeluh, apelagi berlagak atau berbangga dengan korang. But, ini la hakikat, kekadang orang suami ingat kerja mereka sangat memenatkan, sedangkan gi kerja pun naik kereta, makan pun beli kat kedai, pastu duduk kat office mengacap komputer. Then diorang mengeluh macam kerja diorang buat tu berat macam kerja buruh tengah panas tu.
Hehe, but my hubby tak pernah mengeluh. Aku cakap pun berdasar pengalaman sedara sedara di luar sana. Cuma, ingatlah wahai kaum adam, hargailah pengorbana isteri anda agar kebahagian kerluarga tu tidak berkurang tetapi bertambah. Ok, ffikirkanla ye.



Because Your Wife DOES NOT WORK....???"

The following are Questions and Answers between Husband (H) and A Psychologist:

P : What do you do for a living Mr. Bandy?
H : I work as an Accountant in a Bank.

P : Your Wife ?
H : She doesn't work. She's a Housewife only.

P : Who makes breakfast for your family in the morning?
H : My Wife, because she doesn't work.

P : At what time does your wife wake up for making breakfast?
H : She wakes up at around 5 am because she cleans the house first before making breakfast.

P : How do your kids go to school?
H : My wife takes them to school, because she doesn't work.

P : After taking your kids to school, what does she do?
H : She goes to the market, then goes back home for cooking and laundry. You know, she doesn't work.

P : In the evening, after you go back home from office, what do you do?
H : Take rest, because i'm tired due to all day works.

P : What does your wife do then?
H : She prepares meals, serving our kids, preparing meals for me and cleaning the dishes, cleaning the house then taking kids to bed.

From the story above, who do you think works more???

The daily routines of your wives commence from early morning to late at night. That is called 'DOESN'T WORK'??!!

Yes, Being Housewives do not need Certificate of Study, even High Position, but their ROLE/PART is very important!

Appreciate your wives. Because their sacrifices are uncountable. This should be a reminder and reflection for all of us to understand and appreciate each others roles.
All about a WOMAN ....

When she is quiet, millions of things are running in her mind.

When she stares at you, she is wondering why she loves you so much in spite of being taken for granted.

When she says I will stand by you, she will stand by you like a rock.
Never hurt her or take her wrong or for granted...

Forward to every woman to make her smile and to every man to make him realize a woman's worth.



07 January, 2014

DIY Gelang Manik With Pin's



Assalamualaikum.

Tadi jalan jalan kat Google terjumpa lak diy ni. 
Macam senang je, malah boleh buat hadiah untuk kawan kawan. Jimat kot.
Tapi hati hati, jangan tercucuk jari ye. Hehe.
Selamat mencuba korang.


06 January, 2014

Mengatasi Sikap Anak Kerap Mengamuk






Q:  Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)
A:  Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan  tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.


Credit : Blog

03 January, 2014

10 Perkara Mengenai Usahawan




Well, aku bukan la usahawan. Bukan sekarang, mungkin akan datang. In shaa Allah. So, ini tentang usahawan yang mungkin anda tidak tahu.


1.Pemikiran usahawan lebih kompleks berbanding peniaga dan pedagang.

2.Usahawan lebih suka membuka perniagaan baru berbanding memberikan wang kepada orang lain untuk dilaburkan.

3.Kerjaya usahawan adalah kerjaya yang boring kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang sama.

4.Usahawan tidak melihat manusia tetapi melihat target market.Adakah manusia ini target market berpotensi atau sebaliknya.

5.Usahawan melihat masalah sebagai lubang membuat duit.Orang biasa melihat masalah sebagai halangan.

6.Usahawan adakah pakar dalam menjiwai manusia lain contohnya menjiwai target market berpotensi untuk mengetahui kehendak,keperluan & masalah serta cara target market berpotensi berfikir.

7.Usahawan tulen tidak respek usahawan lain yang dapat untung melalui monopoli,baik dengan orang politik dll.

8.Usahawan & orang politik mempunyai pemikiran yang hampir sama kerana mereka semua mempelajari sains sosial samada secara sengaja atau tidak sengaja.

9.Usahawan tak percaya kepada soal selidik kerana soal selidik tidak betul-betul mencerminkan kehendak/keperluan pelanggan.

10.Usahawan tak takut business bankrup kerana business boleh dibina.Yang ditakuti ialah gagal memahami market.



DIY 5 Pic Do It your Self



Ok, kali ni nak share lagi. Korang boleh buat sendiri ye. Selain untuk eksesori rambut, boleh dijadikan pin tudung. Ok, malas nak story panjang. Jom tengok gambar and good luck guys.







02 January, 2014

Wordless Esok Jumaat






6 Sifat Wanita Yang Di Sukai Lelaki





Ini juga di kira macam tips nak memikat lelaki yang disayangi la. Jom kita try. Hehe. Kalau aku, dah memang bersifat keibuan. Anak dah 2orang pun, tu pun nak plan lagi. Just nak share la, manetau ade lelaki idaman yang nak dipikat untuk buat suami. Kikiki.


1. Sikap Keibuan
Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.

2. Keanak-Anakan
Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian
Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan.

4. Menghargai
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga dan sangat mensyukuri kehadiran anda.

5. Menjaga Penampilan
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

6. Pandai Berbicara
Lelaki amat tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual. Biarpun topik yang dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda harus bijak mendengar dan memberi respon kepada perbualannya.
Lelaki juga suka dengan wanita yang pandai bergurau dan menyelitkan jenaka dalam komunikasinya

01 January, 2014

Isu Anak Lambat Bercakap




Hurm, agak merisaukan juga bila anak lambat bercakap. Anak aku Muhammad Addin Qalish sekarang dah 2tahun, tapi still belum bercakap lagi. Tapi die faham bila kite cakap, kekadang die nak papepun cuma guna bahasa isyarat je. Jeles rasenye pada anak anak sebaya die dah petah bercakap. Nampaknya aku kena la usaha lebih.


Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:
“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”
Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.
Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.
Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.
Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.
Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.
Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.
Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.
Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.
“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”
Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.
Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.
Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.
Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.
Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.



10 Tips Untuk Menggoda Isteri





SUAMI mana yang tidak berasa hampa apabila isteri sering menolak pelawaan untuk mengadakan hubungan intim atas alasan penat. Persoalannya adakah para isteri benar-benar jujur dengan alasan tersebut atau sebenarnya tidak mendapat rangsangan yang sempurna daripada anda, para suami.

10 TIPS macamana nak GODA ISTERI anda
Dalam hal ini cuba imbas kembali saat anda dan pasangan mula-mula berkahwin dulu, apa caranya untuk memikat atau setidak-tidaknya membangkitkan mood isteri untuk mengadakan hubungan seks dengan anda. Bagi si suami yang tidak mempunyai idea untuk tujuan tersebut boleh mencuba 10 cara yang dicadangkan ini.

1) Selepas bertengkar: Dalam hubungan suami isteri, anda tidak akan dapat lari daripada bertengkar. Apabila bertengkar sudah tentu kemarahan meluap-luap dan menjadikan jantung anda berdegup kencang. Selepas anda berdua meledakkan kemarahan masing-masing, anda perlu mengambil inisiatif untuk meredakan kemarahan isteri dengan menghampirinya, merangkul pinggangnya dan berikan ciuman seikhlas hati. Pasti isteri anda tidak menolak dan hubungan seks boleh diteruskan dengan cara yang selembut mungkin.

2) Bahagia: Sama seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan menjadikan seseorang wanita itu tidak menolak untuk melakukan hubungan seks. Justeru tidak hairanlah seorang wanita yang baru menerima bonus, atau kenaikan pangkat atau apa saja yang menggembirakan hatinya di pejabat memberikannya satu perasaan ghairah dan mood yang amat positif untuk melakukan hubungan seks dengan anda.

3) Stres: Ada wanita yang apabila terlalu stres akan mempunyai semangat untuk melakukan hubungan seks. Pernah seorang rakan memberitahu bahawa dalam satu hari dia mengalami pelbagai dugaan, kertas cadangannya ditolak, kereta mengalami kerosakan dan peliknya pada waktu malam dia mahukan hubungan seks. Kajian menunjukkan bahawa stres atau tekanan meningkatkan rangsangan keintiman wanita. Oleh itu para suami, jika isteri anda stres namun tidak bercadang melakukan hubungan seks, anda boleh menawarkan untuk melakukan urutan aroma terapi kepada isteri dan pastinya keghairahan isteri meningkat.

4) Cemburu: Isteri memang mudah terbakar jika mendengar suami ada wanita lain, oleh itu jangan pelik jika dalam keadaan sedemikian keinginannya untuk bersama semakin meningkat.

5) Waktu subur: Wanita sangat mudah terangsang semasa tempoh suburnya (waktu pelepasan telur) oleh itu dua minggu selepas haid adalah saat paling baik untuk melakukan hubungan seks. Pastikan anda tidak terlepas saat tersebut.

6) Selepas menghadiri majlis: Wanita mudah terangsang dalam situasi romantis, tak perlulah anda hairan apabila selesai majlis, mendengar alunan muzik romantis, berdua-duaan sudah cukup untuk menggodanya untuk bersama anda.

7) Menonton filem romantis: Kebanyakan wanita menyukai filem romantis dan ia salah satu cara untuk anda membangkitkan mood isteri untuk berhubung intim.

Tinggal-tinggalkan: Berpisah beberapa hari dengan isteri anda membuatkan dia akan merindui anda. Luahan kata-kata rindu berbaur romantis menerusi telefon cukup untuk membangkitkan rasa ghairah isteri untuk bersama anda selepas pulang nanti, cubalah.

9) Bersendirian: semakin lama wanita tidak melakukan hubungan intim sebenarnya dia pasti akan merinduinya. Tidak salah anda membiarkannya bersendirian jika itu yang dimahukannya, namun sebaik sahaja isteri anda mahukannya jangan lepaskannya, kerjasama daripada kedua belah pihak pasti akan mendatangkan kepuasan maksimum buat anda berdua.

10) Kreatif: Sesekali cuba buat kejutan dengan memberikan ciuman ketika isteri masak di dapur. Hadiahkan dia sekuntum bunga ros atau coklat, paling tidak ajak dia untuk ke makan malam yang indah bersama anda, pasti ada kelainannya selain menggoda di bilik tidur.





Ps: sesuai buat yang dah berkahwin ye.