30 November, 2013

Wordless Make Change



30hb Nov Riadah Di Taman



Sambil tengok kartun shin chan ni buat aku rase nak mengunyah. Sejak ambil ubat perancang ni, selera aku besar sangat. Effect sungguh la kan. Eh, ops! Abaikan jelah.

Ok, harini kami ke taman permainan. Saje bawa anak anak jalan. Addin memang suka main kat taman, lagi lagi kalau ramai kekawan die kat taman. Excited die membuak buak. Seronok sangat la tu. Alhamdulillah. 



But, part yang best tu. Affan boleh gelak gelak tengok orang lain main lari lari kat taman. Kesian, tapi kelakar.
Korang tak faham?
Kesian la, coz affan ni bukan pandai pun nak lari lari. Nak duduk pun tak pandai. Camne aku tak kesian. Tapi yang kelakar tu bila tengok die gelakkan orang lain, macam faham je. 


Korang nampak tak suami aku? Try la cari kalau jumpa. Hehe.
Suami aku je yang rajin nak main dengan Addin.  Terkejar kejar die, tak lame lagi kurus la suami aku tu. Hikhik..


Well, aku just duduk dengan Affan je. Budak ramai sangat, susah nak bagi baby main kat taman. So, kesian Affan.  Tunggu la dah besar sikit nanti ye. Sayang Affan sangat.

Oklah, have to go. Daa..wasalam. 

Kuatkah Aku?




Bila anak anak dah tidur, tinggallah aku terduduk depan tv ni. Well sometimes when you are alone,  pasti macam macam yang terlintas di fikiran. Aku tahu, korang juga macam tu.

So, setiap orang ade ujian masing masing. Ujian dari Allah itu berbeza kan? Walaupun kita fikir kita ni hamba yang lemah, tapi hakikatnya kita ni kuat. Cuma kita tak sedar, yang kita ni memang kuat tapi kurang sikit kesabaran tu atau mungkin sudah lama bersabar.

Setiap ujian yang datang, kita pasti persoalkan. Sebab kesabaran itu kurang. Jadi setiap hari aku mohon Allah berikan aku kesabaran yang tinggi buat aku. Setiap hari jugak la aku ingatkan pada diri aku, yang aku ni kuat dan mampu mengharungi ujian dari Allah. Ujian ni jugak lah tanda Allah menyayangi kita.

Aku syukur sangat Allah tak lupa dan tak pernah tinggalkan aku. Yang pasti Allah tak akan berikan ujian itu pada hambanya kalau kita tak mampu nak hadapi. Kan?

Kalaupun la aku ni bukan seorang yang penyabar. Yang pasti aku akan tetap letak kan DIA yang paling depan. Ape ape pun, suami keutamaan buat aku. Syurga aku kan di telapak kaki suami. Suami tak redha, Allah juga tak kan redha pada aku.

So, for all my friends yang sudi membaca coretan Bondaqalish.blogspot.com ni. Aku berterima kasih sangat. Sometimes, aku rase pembaca macam korang jugak lah yang menguatkan semangat para blogger untuk menaip entry diorang. Kan?

Oklah. Akhir sekali, kita sama sama bersyukur dan bersabar dengan ujian yang telah diberikan. Yang pasti sebagai hamba yang telah diberi ujian, sebenarnya kita ini mampu menghadapinya. Allah maha besar... wasalam.

(Segala kekurangan dan silap tu memang dari aku, dan yang lebih dan baik itu dari Allah s.w.t)



Meniru Setiap Kali Ujian




Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim. 

Ayah: "Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!"

Cikgu: "Betul, Encik. Kami bukan tuduh begitu sahaja."

Ayah: "Ape buktinya?"

Cikgu: "Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri."

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.

Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: "Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?"

Cikgu: "Sabar encik. Cuba encik lihat soalan kedua."

Ayah Niam melihat soalan kedua: "Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?"

Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: "31 Ogos 1957."

Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk terus membaca.

Soalan ketiga: "Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?"

Azim menulis: "Maaf, saya tak tahu."

Naim menulis: "Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!"

(Aku lak rase cam sakit hati baca jawapan anak die ni. Haish! Meniru je kerja.)


Mengenangmu Fatimah





Siapalah aku berbanding dirimu....
Tumbuh membesar dari tangan manusia paling mulia....
Bondamu tidak meninggalkan harta, 
tapi khazanah peribadi yang sentiasa disebut-sebut sang nabi, ayahandamu nan tercinta....
Kerana itu, dirimu dan bondamu...
tergolong antara empat srikandi pilihan Yang Maha Esa...

Siapalah aku berbanding dirimu....
Maharmu bukan dari wang berjuta....
Cukup nilaian sebatang perisai sebagai penyatu cinta....
Episod rumahtanggamu masyhur bahagia...
Bukan kerana harta, tapi kaya jiwa....
Kau meniup obor semangat perjuangan...
Merawat luka ayahanda dan suami di medan peperangan...


Siapalah aku berbanding dirimu...
Ketaatan tidak berbelah bahagi kepada suami, 
kesungguhan mengurus rumah sebagai suri,
Mendidik generasimu menyintai ukhrawi...
melebihi dunia dan segala isinya...
Walau kerana semua itu..tubuhmu letih dan lesu....
tidak pernah mengganggumu mengabdi diri 
kepada Yang Satu....

Sungguh...siapalah aku berbanding dirimu...
Fatimah bintu Rasulillah...
menyusuri kisahmu, dan aku takjub
atas takdirNya, 
kau teguk kepahitan di dunia ini....
untuk kemanisan abadi di akhirat nanti....
Aku tahu, sungguh tidak mudah 'menjadimu'
Kau suri tauladan buat aku wanita biasa....
Buat menjejak makna 'solehah' sebelum jiwa ini menuju Rabbnya.

Namun di sisi lain...
tenggelam dalam ceritamu, menjadikan mataku basah
“Syurga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

28 November, 2013

Doa Mengatasi Perasaan Marah



Kekadang kat rumah ni pun ade jugak rase stress. Bila anak kecik kecik ni, banyak benda diorang nak buat. Tu sebab lahirnya perasaan marah, mula la nak jerit dan melenting. Tapi alhamdulillah, aku cepat tersedar. Astagfirullahalazim.

So...
Sifat marah ini amatlah tidak baik ye tuan-tuan puan-puan. Bila kita marah, kita akan bergaduh dengan orang sekeliling kita. Bila kita memusuhi orang sekeliling kita, syaitan akan bersorak-sorai sebab dia dah berjaya pecah-belahkan umat Islam. Kadang-kadang orang sekeliling tak buat ape sangat pun, tapi bila iman kita tak kukuh, benda kecik pun boleh jadi besar.

Maka semua pembacaku, dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak.. marilah kita sama-sama hindari marah… Ye memang susah.. aku tahu, even aku yang panas baran dan sensitif ni pun amat susah nak kawal kemarahan. Tapi alhamdulillah ada sesetengah benda yang aku masih boleh kawal bila rasa nak marah… Walaupun benda tu nampak kecik dan tidak bawak perubahan yang besar, but AT LEAST kita cuba okay. So try take the FIRST STEP!

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK SEMUA… DAN JUGA UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI :


Sayyidatina Aisyah menceritakan;

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ

Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.

(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari syaitan).

~ Riwayat Ibnus Sunni رحمه الله

10 Tanda Allah Menyayangi Hambanya



Pening kepala nak masak ape harini. Bile jadi suri rumah sepenuh masa cam aku ni, memang masak sampai dah tak tau ape nak masak. Last last ulang balik masak benda yang sama. Kalau ke kedai tu tak yah nak fikir, tinggal pilih je tekak nak makan ape. Kan?

Baiklah... kita lupakan pasal tu dulu.. aku terbaca sesuatu di laman facebook, so aku nak berkongsi untuk semua. Untuk peringatan aku dan kita bersama okay.. Supaya kita sentiasa ingat yang Allah itu ada.. Allah itu menyayangi hamba-hambaNYA tanpa batasan, dan semua yang berlaku ada hikmahnya...


Tanda-tanda ALLAH menyayangi kita hambaNYA :

  1. Menjadi pentadbir yang semakin baik.
  2. Menjadi seorang yang penyayang dan disayangi.
  3. Menjadi seorang yang berakhlak mulia.
  4. Diuiji dengan kesusahan.
  5. Diuji dengan kesenangan.
  6. Dimatikan dalam keadaan yang baik dan dihormati.
  7. Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam.
  8. Menjadi seorang yang penyabar.
  9. Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
  10. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

(Perkongsian dari facebook page Ustaz Mohd Izhar Ariff)



Sentiasalah kita bersabar dengan segala ujianNYA... Aku ni bukanlah alim ulama atau ustazah yang nak berdakwah... Aku tulis kat blog ni sebagai tanda peringatan untuk sendiri. Bila diri dilanda sedih dan susah, ingatlah Allah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Berdoa dan memintalah kepadaNYA. Hanya kepada Yang Maha Esa.. Ape apepun, think Positive ok. Wasalam..

2nd & 24Nov Wedding Angah & Lin (best pic)













Well? Cantik kan? Orang dalam gambar tu dah memang cantik. Gambar yang di edit ni lagi cantik. Hehe..kan?

And the best thing is, akak ipar aku ni pregnant pun. Alhamdulillah.  Rezeki dari Allah untuk abang aku. Hope mereka happy hingga ke Jannah. In shaa Allah.
Wasalam.

27 November, 2013

Pelamin Budget Hasil Tangan Bonda


Pertama kali aku taip entry sambil tengok cerita Saranghae tv9 ni. Episod last kot. Hehe. Ape die? Memang tak kusyuk pun nak menaip ni. Tapi di sebabkan line internet tengah laju, mesti jugak menaip.

Ok, dah tengok gambar? Pelamin yang pertama yang pernah aku buat. Dan pelamin ni aku buat time wedding angah aku. Memang budget giler. Well, bile guna ape ade ni memang agak memeningkan kepala.


Bunga tu semuanye kitar semula. Termasuklah bunga jurai kat belakang tu. Tapi, kain tu my mother dah beli siap siap, coz theme warna biru. So, here you go.

Korang tahu, kerusi tu sebenarnye kaler hijau. Tapi aku balut dengan kain putih, tu yang nampak bersih sikit. Cuma tangan sakit sikit bile nak kena pin kain tu kat kerusi. But, hasilnye agak puas hati. Sampai mak mertua aku ingat abang aku tempah kat orang. Hehe. 


Abaikan muka geram aku tu ye. Hee. Ok, daa. Wasalam.

9 Sebab Hati Tidak Bahagia




 PEMARAH
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. 
Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 

 PENDENDAM
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. 
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. 
Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

 HASAD DENGKI
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 

 BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, 
pangkat dan lain lain dari dirinya. 
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orangyang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. 
Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

 TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, 
walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi).
 Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. 
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). 
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 

 TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 

 EGO
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. 
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 
Pasal semua orang adaegonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. 

 RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. 
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.
 Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. 
Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada. 

 CINTAKAN DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. 
Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu
(bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). 
Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' 
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. 
Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 



KESIMPULAN

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, 
musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. 
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,
 kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu
 Allah dan akan bahagia juaakhirnya. 
Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain,
 andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. 


Kepenatan Masih Terasa


Alhamdulillah,  selesai sudah majlis kenduri angah. Penat giler bile ade kenduri. Macam macam nak tolong buat. Lagi lagi bile ade anak kecik ni, terpaksa ke hulu ke hilir dukung anak. Jangan cakap la penatnye camne. Tengok muka berkilat semacam tu, korang tau tau jelah.


Walaupun dah 3hari berlalu, penat tu macam tak hilang je. Atau badan aku ni dah tak cukup tenaga? Entah, aku pun tak tau. Mungkin sebab tu mate aku ni pun memanjang je pedih.


Nampak gayanye aku nak kena cari jamu untuk tambah tenaga. Argh! Bencinye bila badan ni rase malas je nak buat papepun. Rimas bila rumah bersepah bile tak kemas. Kerajinan! Cepat lah kembali pada aku!


Oh, aku masih tak update lagi entry tentang majlis abang aku. Masih menunggu gambar gambar cantik. Tak puas hati bile gambar semuanye kabur and gelap. Lagi lagi ambil guna phone.



So yang korang tengok ni hanya gambar dari phone aku jelah ye. Eh, tak lupa juga mak dan abah aku. Oklah. Gambar kahwin abang aku nanti aku update ye. Have a nice day. Wasalam.