26 February, 2013

Something On In Feb-part2

بسم الله الرحمن الرحيم

工 レo√乇 ㄚ◯∪ ♡

Assalammualaikum.  This morning line ok la sikit dari semalam dan kemarin.  Kalau tak, nak upload gambar pun terpaksa tunggu berjam jam.  Tension je~

So, how ur day today peeps? 

Sihat ke? 

Dah sarapan ke belum?

Pepagi ni aku buat nasi goreng je untuk hubby and anak.  Tak boleh nak buat pedas pedas, nanti anak tak boleh makan lak. *entah kenape aku cerita samua ni..

Back to my title.  Pada 17Feb- kami gi ambil duit BR1M di Padang Sri Johor.  Pagi tu agak renyai sikit, tapi kami pergi juga la.  Nak dapat duit punye pasal kan. huhuhu...  Ramai betul orang, lagi lagi kat sane ade sambutan hari wilayah.  So, memang la meriah sikit.  macam macam acara yang diorang sediakan.  Tapi yang best tu tengok diorang main tarik tali.  *orang berucap kat depan, tapi aku tengok orang tarik tali lak. hihi..

Dah ambil vaucer RM500, kami beratur untuk ambil makanan.  Wah! Dah dapat duit, dapat makan lak.  Tapi yang tak memuaskan tu nasi die tak berape masak la.  Memang tak habis la aku makan, tak boleh nak telan. *nak buat macamne kan..

Anak aku pun sampai mengantuk tunggu kat sane.  Sampai tertidur la kat bahu. *bahu suami aku la..kalau kat bahu aku dah susah sikit..nak dukung die pun tak larat...alahai~

Hurm..sampai sini jelah.  Aku pun tak ingat lepas dari ambil duit tu kami pergi mane.  Adoi~  Lupe habis semua ingatan aku.  Terasa macam dah tua lak. hahahaha...

Oklah. bubye.. Wasalam~


25 February, 2013

Something On In Feb-part1


Hai.  Selamat malam.  Disebabkan line asyik slow je, aku terpaksa la post entry memalam macam ni.  Selamat anak aku dah tidur, kalau tak....em...paham paham la.  

Dah beberape hari aku tak story kan?  Sibuk sangat dengan blogskin.  Konon nak nampak lawa la (*lawa ke?) huhuhu.  Tak la, seeloknye biar la nampak elok dan lawa di mata, tak la serabut. Tapi tu pun aku ingat, kalau ade duit extra aku nak upah orang edit-kan blog aku ni.  Lain kali la ye.

So, balik pada tajuk.  Somethings on sepanjang aku sibuk dengan upgrade blog.  Nenek, Pak long, Mak long dan Nad (sepupu) nak mengerjakan umrah.  Alhamdulillah...  16feb- Mak abah, family aku dan kaum kerabat yang lain berkumpul di KLIA.  Untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat sampai di Mekah.  Dan alhamdulillah, diorang selamat tiba.  Tapi aku tak pasti pukul berapa lak diorang sampai sane.


Disebabkan aku sampai lambat, tak dapat la bergambar sekali.


Emm...entah bile la turn aku?  *mungkin dah tua nanti agaknye.

Selepas selesai hantar diorang, kami pun ape lagi.  Makan time!!!  Singgah di Restoran Sate UK, Bangi.  Nyum! Nyum! Nyum!  Sedap sate die, belum sup urat ketin lagi.  Fuh! Marvelous!!  *sedap..lagi lagi kalau ade yang tolong belanje.


Last last sampai rumah pun sampai lewat malam.  Addin pun dah mula meragam, coz dah penat sangat main kat KLIA tu.  Habis semua tempat die jelajah.  *yang penat tu aku lah nak kena kejar die.


Eh, Oklah.  Nanti aku cerita lagi part lain yang berlaku sepanjang aku busy dengan blogskin.  Bye. Wasalam~



08 February, 2013

DIY Gelang Tangan


Assalammualaikum.

Sebelum aku masuk tidur, aku nak share DIY ni.
Korang boleh buat sendiri je gelang tangan. 
Mungkin boleh menambahkan koleksi korang.
Also, boleh hadiahkan pada teman. Tak guna modal yang mahal pun.


So guyz...SELAMAT MENCUBA.
Wasalam.

03 February, 2013

Luang Masa Sambil Memancing

Assalammualaikum dan hai.

Aku baru balik dari kampung malam tadi. Rindu dah nak balik rumah ku syurga ku ni...hihihi.. 3hari jugak la aku kat kampung, dan 3hari tu la cuace elok tersangat sangat. Panas!! Tapi alhamdulillah, boleh juga kami keluar berjalan jalan. Kalau asyik hujan je, memang terperap kat rumah je la...ye tak??

Semalam aku follow my hubby and mak abah gi memancing kat Batang Berjuntai. Cuace memang elok je, tapi aku tak berape tahan sangat la..dengan karenah anak lagi. Asyik nak merayau aje, risau jugak aku. Itu yang buat aku cepat penat.


Tengok gambar mak aku, cantik pula gambar ni kan. Seronok sebenarnya tengok orang mancing, lagi lagi kalau diorang dapat tarik ikan tu naik. Fuh! memang puashati la. Mak abah and hubby aku tu kaki pancing. Tu yang diorang boleh masuk je kepala. hehe... Selamat dapat berteduh kat bawah pokok kelapa sawit ni, sejuk ditiup angin.



Sempat lagi snappy snappy gambar dalam kereta. So, dah takde keje kan, anak pun tido masa tu. Ape lagi dong!! Jangan buang mase yang tersedia terbuang ni.. Korang pun kekadang cam aku jugak kan? Tak baik tipu....



Addin pun seronok kat sane. Tengok la tu, boleh buat oppa gahnam style. Dengan mulut muncung muncung lagi, kelakar betul. Macam macam karenah die. Habis semua barang barang nenek die buat main. Keluar lah bunyi bunyi menghalau ikan. hahaha...sampai umpan nenek habis bagi ikan makan. Tu yang takde seekor pun yang naik. Tapi last last pun dapat juga ikan, alhamdulillah..




So, korang pun minat memancing ke? Orang dulu dulu kate, kalau isteri tengah mengandung, suami tak boleh pergi memancing. Dikuatiri mulut anak yang bakal lahir terbelah. Tapi tu hanya pantang larang orang orang dulu, coz takut jadi sesuatu pada suami. Semuanye kan ketentuan Allah. Kite ni kena la banyak berdoa yang baik baik, bukan dok fikir yang bebukan. Lagipun tak baik percaya benda benda karut ni, syirik! Kite cume dengar dengar je, dan berwaspada. Betul tak?  Oklah..wasalam peep's.

02 February, 2013

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast


Assalammualaikum oll'z.

Malu nak story....tapi tetap rase nak update gak. hahaha... Ok, 2hari lepas dah genap 2tahun perkahwinan ku dengan hubby. Masa berlalu dengan pantas, sedar sedar je perut pun mengandung lagi. hihi...alhamdulillah. Aku juga diberi kejutan waktu pagi, dengan beg COACH yang berkelip kelip ni. Suka suka!! Terima kasih abang! I love u so much!


2tahun sudah aku berkahwin. Bermacam ragam dan asam garam berumahtangga yang aku dah rase. Semuanye dugaan dan ujian dari Allah buat kami. Agar kami terus harmoni dan penuh dengan kesabaran berkeluarga. Segala yang datang dari Allah adalah tanda kasih sayang NYA. So, aku cukup bersyukur..Alhamdulillah juga aku di berikan seorang suami yang mempunyai hati yang lembut dan sedikit tegas dalam keputusan. Ini lah iman yang terbaik buat aku. Terima kasih juga dengan seorang cahayamata yang dipinjamkan kepada aku sebagai pelengkap hidup aku dan hubby. Kini, lagi seorang dalam perjalanan melihat dunia. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Dan sempena ulangtahun kami, my hubby telah bawa aku ke pantai sepang GoldCoast. Saje jalan jalan tengok pantai kat sane. Aku pun tak pernah lagi sampai sane. So, jakun sikit la bile tengok hotel terapung tu kan. hehehe...

Oklah, korang just go tengok gambar aku kat sane. Tak la banyak sangat, tapi ade juga bergambar. So, enjoy la ye. Daa....Wasalam.