28 January, 2013

19&20Jan - Di PD Pertama Kalinya


 Assalammualaikum.

Hai peep's. Sebenarnya aku rase malas nak update harini. Tapi disebabkan janji aku nak kongsi pasal aku ke PD haritu punya pasal, so aku gagahkan jugalah menaip. hohoho...bile penyakit M ni datang, memang rase nak golek golek atas katil je. (empuknye katil aku..)

Hurm...balik semula pada 19Jan. Lepas kami melawat akak biras lepas bersalin, kami terus bertolak ke Port Dickson. Memang masa tu dah takde niat nak singgah memana pun. Aku ni pulak sejak mengandung adek ni, selalu pening bila jalan jauh. Mase mengandung yang sulung takde lak rase macam tu. Lain pula pe'el adek ni ye.

Kami sampai pada pukul 2.25petang. Aku tengok rumah tu macam sunyi je, cuma dengar bunyi Tv. Yang aku nampak nenek dan Atiqah(adik aku) tengah tengok Tv. Mak aku tak perasan pulak. Oh, ayah aku tengah bantai makan nasi dengan ayam masak ungkep rupenye. Sedap sedap!!

Along aku pulak, tengah mandi kat kolam dengan anak buah akak ipar. Seronok korang ye...kolam sebesar tu cuma korang berdua je. Tak acih betul!!  Soooooo, aku pun tak lepaskan peluang untuk join sekali dengan anak aku. hahaha....


Tapi anak aku asyik menangis je sepangjang mandi dalam kolam tu. Rupanye die belum menyusu lagi. Ofcos perut die lapar la. Aku pun lupa yang die bangun dari tido, langsung tak minum atau makan ape ape. Kesian anak bonda ni, bonda minta maaf ye. (TERUKNYE AKU!!!)

Ok, lepas mandi di dalam kolam yang penuh dengan pasir. Aku dan anak aku makan dulu. Pastu barulah aku ke tepi pantai. Berdua je dengan Addin, hubby aku entah mane pergi. Sibuk dengan pancing, dengan abah aku pulak tu. Elok lah~






Aku tak dapat nak join diorang mandi laut. Sebab aku bawak Addin, dahtu belum dengan anak aku dalam perut ni lagi. Risau lak jadi ape ape pulak nanti kan. (padahal taknak kulit hitam, hihihi) Lepas puas jalan kat pantai, Addin pun dah puas rase pasir laut. Aku pun balik....tinggal lah diorang yang masih mandi manda. Dan, kebetulan pulak mase nak balik tu hari hujan. Alhamdulillah~


Selepas hujan yang tak berape lebat, aku bersama hubby, Addin, Muaz(adik) dan Atiqah(adik) go snaping. hahaha.. Memang bergambar jelah keje aku kat sane.







Kami menetap di banglo PKNS Bayu Resort. My akak ipar pekerja pkns, so senang la nak booking. Nak kata mahal tu aku tak pastilah, tapi mampu la kalau nak sewa. (yelah kot) Aku pun lupa nak tanya abang aku tu.





Malam tu aku tak kemana pun. Sebab mak, abah, husband, along dan akak ipar ada plan nak gi mancing kat laut. So, aku wacthing Tv jelah. Lagipun, entah ade ke tidak ikan malam tu. Diorang balik pukul berape pun aku tak tau, memang tak sedar langsung. Mane tidaknye tido dalam aircond, sedaplah. Dengan berselubung dengan selimut lagi. Huh! Bayangkan la~


Pagi pagi lagi aku dan anak dah bersiap. My hubby kata nak gerak awal, coz nak balik ke Segamat, Johor. Jauh lagi perjalanan ni...







Lepas dah sarapan ape semua, kami pun bertolak dalam pikul 9.20am. Sampai kg.Segamat dalam pukul 2pm. Alhamdulillah~

Hah! Selesai sudah. Senang hati sikit, kalau tak asyik dok pikir bile nak post pasal gi PD ni. Em...apelagi. Selamat malam, mata sudah ngantuk lorh. huhuhu.. bubye...Wasalam~


27 January, 2013

Melawat Iman Zulaikha

 Assalammualaikum.


Pagi pagi lagi husband aku call dari office. Katanye mak abah die ada kat klang(di rumah Uda). Die minta aku siap siap supaya kami boleh gerak awal.

Yang Addin, pukul7.30am die dah bangun. Macam tau tau je nak jalan keluar, firasat die kot. So, aku mandikan Addin dulu la, pastu aku basuh baju, then baru aku lak mandi. Tapi cepat juga suami aku sampai rumah.

Sempat juga suami aku bawa pizza Domino's, tapi sepotong je. Jadilah tu kan daripada takde. So, lepas keluar rumah kami singgah gerai untuk cari kuih, anak aku sorang ni tak sarapan lagi. Kang mengamuk lak dalam kereta coz perut kosong.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tak berlaku kesesakan jalanraya. Kalau tau, mesti dah kena bebel dengan suami aku. huhuhu..


Sampai kat sane aku tengok mak mertua aku tengah bersihkan longkang kat tepi rumah. Rajin betul mak aku ni, die pun tak boleh duduk diam bile tengok semak sangat rumput jalar sampai masuk longkang. Bak kate mak aku "Dah jadi pekerja DBKL pun mak ni." hikhikhik..

Lepas borak, apelagi....layan si kecil zulaikha la... Mase aku sampai die tak tido lagi. Memang seronok la main. Bedung die pun dah tertanggal. hee... Geram je aku tengok die. Rase nak geget geget!!

Kak Ana kate, Alhamdulillah senang nak jaga zulaikha. Malam malam die tido je, tak kacau pun ibu die. Tapi ibu die yang banyak kacau die, kejut untuk minum susu. Sebab kalau tak bagi anak susu, breast bole sakit, sampai bengkak. Tu yang tak boleh biarkan susu disimpan lame lame. Zulaikha ni pun tak banyak ragam, kencing ke berak ke, die diam je tak menangis pun. Die menangis cuma time nak menyusu je. Tapi alhamdulillah, kak ana ni tak ade masalah breast feeding. Tak macam aku, tak sampai sebulan pun, susu dah takde. Tapi bengkak jugak, pam punya pam, susu tak sampai 2auns. Mungkin sebab keturunan kot. Coz mak aku pun jenis tak banyak susu. Em....Wallahualam.

But, kali ni aku nak bagi anak yang bakal lahir ni susu badan. Hope aku mampu. Korang pun doa doa kan untuk aku ye..hehehe..

Disebabkan my husband keje petang, so kami bergerak dalam pukul2. Sampai rumah memang aku bantai tido lah gamaknye. hahaha.. (penat la sangat)

Oklah oll'z...aku blah dulu. Nak buat blogwalking kejap. Daaa...Wasalam.

25 January, 2013

19hb Jan- Morning to PPUM

Assalammualaikum.
Hai n selamat petang semua.

  Harini baru aku berpeluang nak update blog ni. Have to take time sebab 5hari tiada di rumah. Dari hospital-Port Dickson-Segamat-N.sembilan-back to Segamat. Jauh jugak perjalanan aku selama 5harini.

Ok, firstly pagi tu aku n husband ontheway pergi gerai untuk sarapan. My husband ni nak sangat makan laksa johor kat gerai tu. Memang kuah laksa die sedap, banyak guna ikan. Itu sebab die suka sangat sarapan pagi kat situ. Lagipun laksa tu tak selalu ade, cuma ade hari hari tertentu saje.

After habis makan kami dapat call dari Uda (abang ipar) yang memaklumkan yang isteri die sudah bersalin. Anak yang ke tiga. Aku dengar je terus jadi excited giler. Tak sabar nak tengok baby punye pasal. hahaha. So that morning kami terus pergi Hospital Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) selepas sarapan.

Sampai di sana dah pukul 10.55pagi, jalan tak la terlalu jem sangat, masih bergerak jugak la. Sampai sampai je aku terus tanya anak buah lelaki,"iman..dapat baby girl ke boy?". (Teruk betul, khabar pun tak sempat tanya,hihi..) Pastu aku tanya anak buah yang perempuan lak, "Wawa...dapat baby perempuan ke lelaki?". Cepat cepat die jawab,"Perempuan..". Aku dengar je lagi bertambah ke-excited-pan aku ni. Yelah, aku ni pun mengidam nak anak perempuan, mane boleh dengar. Makin jadi tak sabar nak tengok.

Tapi, kami sampai awal sangat. Waktu melawat lak pukul12, sejam jugak nak kena tunggu. So, sementara menunggu tu kami pun pergi ke taman permainan yang di sediakan di luar sebelah bangunan hospital tu. Seronok la anak aku, ade kawan kawan nak bermain.



Bila dah penat bermain di taman, anak aku tawaf pulak dalam bangunan. Habis semua orang die buli, asyik suruh orang kejar die je. Yang aku ni memang tak larat la, dengan perut lagi. Huh! Sungguh mencabar! hahaha. Nasib la ade Iman n Wawa, dorang jelah yang rajin mengejar.

Bile tepat pukul12, barulah kami dibenarkan melawat. Yang aku ni, tetiba berdebar je rase. Tak tahu la nape kan, mungkin terlebih seronok nak tengok baby kot. (seronok mengalahkan iman n wawa.) Dorang seronok nak dapat adik, tapi aku seronok nak dapat anak buah baru. (anak buah belah suami)


Sungguh terkejut tengok berat baby girl ni. 3.06kg. Berat juga bagi aku, sebab mase Addin dulu baru 2.78kg. Jauh betul perbezaannya, kan?



Putih melepak kulit die, tak puas aku tengok. Nak peluk, tapi anak orang. Takut lak nak pegang. hahaha.. Alahai...GERAMNYA!!! Tapi dapat juga cium sikit sikit. Jadilah...


Tak lame lagi, ni la menu aku nanti. Belum lagi dengan menu mase berpantang, memang menyayat hati betul lah. Rase macam nak cepat je bersalin dan berpantang. Tak suke.. Kesian juga aku kat kakak biras aku ni, sebab die kembar darah. Sakit bile kena kembar darah ni, tapi bila rase tak sabar nak teran, memang menduga kesabaran la sikit. Sabar sabar! Tu je yang boleh aku cakap. Hee..

Eh, baby girl ni dah ade name pilihan. Nur Iman Zulaika. Sesuai dengan tuan badan dan sesuai juga dengan name abang n kakak die. Anak sulung Muhammad Iman Haikal, Kedua Nur Iman Najwa dan baby girl Nur Iman Zulaika. Sesangat lah okay!


For kakak biras, semoga menjalani hari hari berpantang dengan sabar dan dengan senyuman. Semoga cepat sembuh dari luka luka dan kuatkan fizikal n mental untuk baby. Nanti turn aku pulak, entah macam mane la aku berpantang nanti. Mase Addin dulu pun agak sukar juga sebab pertama kali. Harap harap kali ni di permudahkan oleh NYA la. Insya Allah.

Oklah, hari pula hujan. Ingatkan nak gi pasar cari keropok lekor. hikhik. Apepun, alhamdulillah hari hujan. Takde lah orang nak merungut je bile cuace panas. kan?


Panjang jugak cerita kat PPUM ni. Belum lagi cerita kat PD. Takpe lah, nanti aku sambung cerita lagi. OK, bubye. Wasalam..

17 January, 2013

DIY BOW

Assalammualaikum n hai.
DIY harini kita belajar buat bow atau reben ni ye.
Hehehe...
Sangat senang nak buat dan tak perlu buang masa banyak banyak.
This tutorial aku dapat masa tengah usha usha DIY flower pin. Thanks to Atok Google. hihi.

So, kalau korang nak cuba boleh la buat ye.
Boleh buat pin tudung atau sekadar hiasan untuk hadiah pun boleh.
ok.
Selamat mencuba ye.


Wasalam..



11 January, 2013

IDEA- Bunga Telur

Assalammualaikum n hai.




Pada mereka yang mencari idea untuk buat bunga telur atau pin penanggah, bole la try DIY ni. 
Dah lama jugak aku simpan, so aku tak sure la kalau page tu masih hidup atau tidak. hehe..
Kat lappy aku ni banyak juga DIY lain, lain kali la aku share ye.
Ok, go and try la ye.
good luck!
tata~
Wasalam.

10 January, 2013

DIY Roses Pin

Assalammualaikum.

Today tutorial is flower pin.
Pic ni aku dah lame simpan kat laptop.
Bila dah peluang buat blog macam ni,ape lagi. Kite share share la...kan kan kan?

So, pada mereka yang berminat atau nak try buat sendiri flower pin ni, boleh la cuba cuba ye.
Good Luck!
Daa..


04 January, 2013

23Dec12- Di Perak! Kuala Kangsar

Assalammualaikum.

  Kembali kite menjalajahi bumi Perak. hihi. Oklah, aku sambung balik cerita pasal aku di Perak.


Pagi ahad(23Dec) tu kami planing nak mandi air terjun. So memang awal awal lagi sebelum kami di Perak, abang aku(Along) dan kak ipar dah gi berjalan ke sana. Untuk survey homestay dan tempat tempat yang akan jadi persinggahan kami.




So pagi tu kami semua pergi bermandi manda di Lata Kekabu. Bak kata abah, Lata kelambu. hahaha..
Disebabkan dah plan awal, mak abah aku memang angkut periuk nasi, periuk belanga dan segala periuk la yang ade. Semuanye untuk perkelahan kami di air terjun. Haih! kalau boleh bawa dapur dan tong gas, agaknye dah lame diorang bawa.


Lepas dah sibuk cari kawasan berkelah dan angkat barang, diorang start la mula membakar kayu kayu dan tempurung kelapa. Tapi, orang pertama yang turun ke dalam sungai adalah AKU dan ADDIN. hahaha.... Punya la tak sabar. Yelah..aku mane nak tunggu cam tunggul tengok dorang membakar. Bosan betul! Tu yang aku masuk air dulu dengan anak.




Yang lain punya la malu malu nak mandi manda, tapi bile aku dah rasmi basah, diorang baru sibuk nak terjun. Tapi aku memang tak boleh tahan geram tu bila Addin masuk air. Asyik nak menangis je, tapi tangan dok kocak kocak air. Nyampah aku! (Alahai anak)




Kami kat sana bukan bakar bakar biasa je, siap ade ayam and otak otak lagi. Fuh! sedap betul! (tetiba rase nak makan otak otak lak) Yang lagi best, Hotdog Terbakar hangus! hahaha...sape la chef tu. (komen sikit chef?)






Lepas sejam Pak sedara datang pula dengan isteri dan anak anak. Die siap bawa durian pulak tu. Fuh! Marvelos lah! Ape lagi, diorang sume pakat bantai makan durian la. Lagi lagi memang lepas sejuk mandi, dah tu bukan itu je, my family memang hantu durian(termasuk my hubby). Memang pantang nampak, dah makan memang pantang kalau tak sendawa. Habis bau dalam kereta. Sabau ajelah kan~ Then tetamu last kami pula sampai(lin dan brother sister). Masa tu dah nak gerak balik pun. Diorang pun dapat juga merase otak otak klang.(sedap kan? kan?)




Balik homestay dapat la kami rehat sekejap, pastu plan nak ke Tapah ade kenduri kahwin. Akak biras aku punya adik bungsu kahwin lorh. But, before tu kami plan nak gi merayau di Bandar Kuala Kangsar.








So, ni lah gambar yang kami dapat sepanjang di Bandar Kuala Kangsar. Gambar yang paling aku suke tu, mase di rumah tinggalan lame. Cantik cantik! Last last plan nak ke Tapah pun tak jadi, so kami terus balik Kuala Lumpur je. Mungkin belum ade jodoh nak ke sana. Insya Allah lain kali la kot. 

















Oklah, korang cuci cuci lah mata ye. Aku dah lapo..hohoho. Tata~ Wasalam.